Naik taraf gerai Jalan Acheh teliti keperluan peniaga

LocalBusiness & Finance
7 Sep 2026 • 5:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Naik taraf gerai Jalan Acheh teliti keperluan peniaga

SHAH ALAM, 7 SEPT: Pandangan dan maklum balas peniaga menjadi antara pertimbangan utama dalam cadangan menaik taraf Gerai Majlis Jalan Acheh, Pelabuhan Klang.

Sesi perbincangan bersama peniaga diadakan bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan naik taraf gerai supaya perancangan dibuat mengambil kira keperluan mereka.

Turut menyertai perbincangan ialah Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Arulnesan serta wakil Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penilaian Harta MBDK.

Menurut kenyataan di Facebook, sesi bersama peniaga itu penting bagi memastikan cadangan naik taraf yang dirancang mengambil kira keperluan, keselesaan dan kebajikan golongan berkenaan.

“Perbincangan bersama peniaga ini amat penting bagi memastikan cadangan naik taraf yang dirancang dapat mengambil kira keperluan, keselesaan dan kebajikan peniaga.

"Usaha berkenaan juga bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih selamat, bersih dan kondusif," menurut kenyataan itu.

Selain mendapatkan pandangan mengenai kemudahan gerai, sesi berkenaan membolehkan peniaga menyampaikan cadangan secara langsung kepada pihak berkaitan.

"Setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan diberikan perhatian sebelum dibawa untuk penelitian pihak berkaitan," tambah kenyataan itu lagi.

Langkah itu bagi memastikan usaha menaik taraf gerai berkenaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya berdasarkan perkara yang dibangkitkan dalam sesi perbincangan.

Pada masa sama, penghargaan disampaikan kepada semua peniaga dan pihak MBDK atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang perbincangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved