Najib Diberi Pengampunan Bersyarat, Jalani Baki Hukuman Di Rumah Jika Bayar RM50 Juta

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 12:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Najib Diberi Pengampunan Bersyarat, Jalani Baki Hukuman Di Rumah Jika Bayar RM50 Juta

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung hari ini.

Menurut kenyataan Lembaga Pengampunan, pengampunan bersyarat itu bagaimanapun hanya diberi jika beliau membayar denda sebanyak RM50 juta.

Najib juga diwajibkan mematuhi semua syarat yang dikenakan di bawah pengampunan bersyarat berkenaan.

"Sekiranya beliau gagal mematuhi mana-mana syarat tersebut, pengampunan bersyarat ini akan dibatalkan dan beliau hendaklah segera menyambung baki hukuman penjara,” menurut kenyataan itu.

Minggu lalu, Lembaga Pengampunan menangguhkan permohonan pengampunan Najib pada persidangan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada Ogos 2022 selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 2024, Lembaga Pengampunan memendekkan hukuman penjara beliau kepada enam tahun dan mengurangkan jumlah denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada Disember 2025, Najib sekali lagi disabitkan bersalah atas kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM2 bilion berkaitan 1MDB.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion bagi kesalahan berkenaan.

Najib kini merayu terhadap sabitan dan hukuman tersebut. - Getaran, 18 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved