Najib jalani penjara di rumah serta-merta hari ini - Hakim Mahkamah Tinggi

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Najib jalani penjara di rumah serta-merta hari ini - Hakim Mahkamah Tinggi
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO berusia 73 tahun itu.

Hakim, Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu dan mendapatkan perintah pelepasan baharu.

"Perintah pelepasan yang dikeluarkan Jumaat lalu dibatalkan dan digantikan dengan yang baharu hari ini.

BN gesa laksana titah perintah Agong segera

"Tertuduh perlu menjalani baki penjara yang dikurangkan secara tahanan di rumah, di Langgak Duta duta sehingga 23 Ogos 2028," kata Hakim.

Semakan berkenaan dibuat bagi memastikan perintah pelepasan itu selaras dengan perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lalu.

Perintah baharu itu menggantikan perintah pelepasan terdahulu yang dikeluarkan mahkamah bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved