Penyokong Najib Razak Dinasihat Tidak Berhimpun Di Depan Kediaman – Polis

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft pelawat najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dipercayai sudah menerima kunjungan daripada ahli keluarga terdekat di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, pada hari pertama beliau menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Menurut tinjauan akhbar Kosmo! di lokasi kejadian, sebuah kenderaan jenis Toyota Granace yang dipercayai membawa ahli keluarga Najib kelihatan tiba di kediaman berkenaan pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Lawatan itu berlangsung selama kira-kira 30 minit sebelum kenderaan terbabit dilihat meninggalkan pekarangan rumah pada pukul 1.35 petang.

Artikel berkaitan : Rosmah Tak Duduk Sekali Dengan Najib Razak, Tinggal Di Rumah Pavilion – Nurulhidayah

Artikel berkaitan : Dari Kajang Ke Langgak Duta, Ini 8 Perkara Yang Berlaku Sepanjang Proses Tahanan Rumah Najib Razak

15 anggota polis kawal ketat 24 jam

Screenshot 2026 11 11 172113

Dalam pada itu, seramai 15 anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah ditugaskan untuk mengawal kediaman bekas Ahli Parlimen Pekan itu sejak semalam bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman kawasan sekitar sentiasa terjamin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penugasan anggota berkenaan bertujuan memastikan keadaan di sekitar kediaman tersebut sentiasa terkawal.

Menurutnya, kawalan keselamatan dilaksanakan sepanjang 24 jam menerusi penugasan seorang penyelia bersama tiga hingga empat anggota polis secara bergilir-gilir.

Jangan berkumpul di depan rumah – Polis

images

Susulan itu, pihak polis turut menasihatkan para penyokong Datuk Seri Najib supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak berhimpun atau berkumpul di hadapan kediaman berkenaan.

“Ini kerana tindakan berkumpul boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal, sekali gus berisiko menjejaskan pelaksanaan perintah tahanan rumah yang tertakluk kepada syarat tertentu,” jelas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan penyokong yang tidak terkawal sehingga memasuki kawasan kediaman yang telah diwartakan sebagai penjara boleh menyebabkan perintah tahanan rumah tersebut terbatal begitu sahaja.

Menjelaskan mengenai prosedur operasi standard (SOP) kawalan keselamatan, Anuar Bakri memaklumkan bahawa perimeter dalam kediaman diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Penjara, manakala kawasan luar pula dikawal ketat oleh pihak polis.

“Kita berharap semua pihak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan mematuhi arahan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu tugas anggota keselamatan serta ketenteraman awam,” tambahnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Najib tiba di kediamannya di Taman Duta pada pukul 9.27 malam untuk memulakan baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Beliau dibawa dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak, diiringi oleh beberapa kenderaan rasmi Jabatan Penjara serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber : Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved