“Nak Jual Choco Tub Ke Nak Jual….” – Netizen Tak Puas Hati Gaya Pemasaran Produk Oleh Ameera Khan

21 Aug 2026 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebuah kempen promosi produk Choco Tub oleh pempengaruh terkenal, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan mencuri perhatian di media sosial selepas seorang pengguna meluahkan pandangan mengenai konsep gambar yang digunakan.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna berkenaan mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan promosi tersebut kerana menyifatkan pemilihan pakaian, gaya serta lokasi penggambaran kurang sesuai dengan imej produk yang ingin diketengahkan.

Advertisement

ameera khan

“Sorry to say. Tapi kenapa saya rasa macam cara nak promote choco rice ni tak kena, tak appropriate dengan pemakaian dan tempat.”

Perkongsian itu turut memuat naik beberapa keping gambar promosi yang memaparkan Ameera bersama produk berkenaan dalam suasana bilik yang kelihatan seksi dan menggoda.

Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian warganet yang memberikan pelbagai reaksi terhadap konsep pemasaran yang digunakan.

Ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut dan menganggap sesebuah kempen perlu mengambil kira kesesuaian visual dengan jenis produk yang dipasarkan.

Namun, ada juga yang berpendapat strategi pemasaran bergantung kepada sasaran audiens dan kreativiti sesuatu jenama, selain menilai produk berdasarkan rasa serta kualitinya.

Sehingga kini, pihak jenama berkenaan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kritikan yang diterima.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cik epal2026-08-21 10:43:57

Peguam Dewi Maklum Anak Guam Telah Memohon Maaf Kepada Cik Epal, Netizen Tumpang Gembira - "Cik Epal Menang Tanpa Bertanding"

The post “Nak Jual Choco Tub Ke Nak Jual….” – Netizen Tak Puas Hati Gaya Pemasaran Produk Oleh Ameera Khan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved