“Nak Tanggung Diri Sendiri Pun Sedih Apatah Lagi Nak Tanggung Anak Orang..” – Abby Abadi Bersuara Isu Poligami

LocalFamily & Parenting
17 Apr 2025 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tampil mengulas isu poligami.

Dalam satu hantaran di akaun Threads miliknya, Abby berkongsi pandangan tentang betapa besar tanggungjawab yang dipikul oleh seorang lelaki dalam berpoligami, yang menurutnya bukan sekadar soal kasih sayang semata-mata.

image is not available

Dia turut melahirkan rasa hairan mengapa masih ada wanita sanggup ‘berkongsi kasih’ sedangkan ada suami yang belum tentu mampu menanggung seorang isteri, apatah lagi dua atau tiga.

Walaupun begitu, Abby menegaskan bahawa dia tidak menolak poligami kerana ia dibenarkan dalam Islam.

Namun, menurutnya, masih ramai lelaki yang tidak cukup ilmu dan kemampuan tetapi tetap bersemangat mahu beristeri lebih dari satu.

Nak tanggung diri sendiri pun sedih apatah lagi nak tanggung anak orang.

image is not available

Katanya, menjadi seorang suami bukanlah tanggungjawab yang ringan, apatah lagi jika ingin memikul amanah sebagai ketua kepada lebih daripada satu keluarga.

Takyah sembanglah. Seorang pun makan minum pakai, tempat tinggal tak tertanggung sempurna apatah lagi kalau ramai.

Menariknya, Abby turut memberi respon terhadap satu thread di media sosial yang menyatakan bahawa poligami bukan soal kewangan, sebaliknya lebih kepada kasih sayang.

Dia menyifatkan kenyataan itu sebagai mengelirukan dan berbahaya sekiranya dijadikan pegangan dalam kehidupan berumah tangga.

image is not available

Bagaimanapun, Abby menegaskan bahawa pandangannya itu adalah secara umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu secara khusus.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 day ago

Netizen Suruh Minta Maaf Dekat Umisya, Abby Abadi Tak Diam Diri - "Kenapa Tak Suruh Aslam Minta Maaf Dekat Saya?"