“Nak tanggung diri pun sedih, apatah lagi anak orang” – Abby Abadi Bahas Isu Poligami

Entertainment
17 Apr 2025 • 1:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenyataan terbuka daripada selebriti Abby Abadi telah menjadi tumpuan netizen apabila pelakon filem Gerak Khas ini tampil berbahas mengenai isu poligami.

Dalam Thread miliknya, Abby mempertikaikan lelaki yang memilih poligami sebagai amalan sunnah sedangkan banyak lagi pilihan lain untuk mengamalkan sunnah nabi. Disebabkan itu, Abby menganggap bahawa ia hanyalah sekadar nafsu semata-mata.

“Kalau sebab nak rebut tanggungjawab macam zaman nabi dulu, rasanya macam tak nampak pun ke arah tu..”

image is not available

Abby juga turut memberikan pandangan sarkastik dengan mempertikaikan diri seseorang lelaki yang tak mampu untuk tanggung diri sendiri tetapi memasang niat untuk menanggung anak orang.

“Sekarang pun ramai je isteri monogami yg tanggung diri sendiri. Apatah lagi yg berpoligami.. Memang sendiri jugak cari rezeki, tanggung keperluan sendiri.. Tu yang heran kenapa nak juga diduakan.. “.

Biarpun begitu, Abby menegaskan bahawa dia bukanlah menentang poligami, tetapi baginya, jika seseorang itu mahu membuat tindakan sedemikian, haruslah ada ilmu.

image is not available

Abby turut menempelak kenyataan daripada seseorang yang mengatakan poligami itu atas dasar kasih sayang bukan berkenaan kewangan.

image is not available

Walau bagaimanapun, Abby menegaskan kenyataan tersebut hanyalah pendapatnya sendiri dan ia adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Sumber : Thread

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.