
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui ketika ini, umat Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia sedang menjalani ibadah puasa.
Oleh sebab itu, ramai yang memperlahankan aktiviti harian semata-mata mahu mengejar pahala berganda.
Pada bulan ini juga, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada golongan yang memerlukan sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan asas.
Namun, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai orang kenamaan kononnya ‘menawarkan’ bantuan kepada orang ramai.
Istana Pahang Nafi Kewujudan Akaun TikTok Tengku Afzan
Terbaharu, Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang menawarkan ‘Bantuan Ramadan’ kepada orang ramai.
Istana Pahang menerusi satu hantaran di Instagram Kesultanan Pahang menjelaskan terdapat satu tawaran Bantuan Ramadan yang tersebar di TikTok menggunakan nama @tpafzanaminahafidzatul.
Difahamkan, bantuan bernilai RM1,000 akan diberikan kepada orang ramai.
“Penyamar itu memberitahu bahawa bantuan Ramadan tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kepada orang ramai,” katanya.
Mohon Orang Ramai Tidak Percaya & Terpedaya Dengan Akaun Palsu
Susulan itu, pihak Istana Pahang meminta agar orang ramai tidak mudah terpedaya atau percaya dengan tawaran bantuan tersebut.
“Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai dan lebih berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu khususnya yang membawa kepada kegiatan penipuan dalam talian,” jelasnya.
Malah, Istana Pahang berharap agar orang ramai menyemak dahulu kesahihan sesuatu perkara melalui portal serta akaun rasmi iaitu Kesultanan Pahang dan Istana Pahang sahaja.
Akaun Masih Ada, Hantaran Banyak Gambar Tengku Afzan & Poster Promosi Bantuan Ramadan
Hasil semakan kami sehingga ke pagi ini mendapati, akaun yang menggunakan nama Tengku Afzan tersebut masih ada.
Selain Bantuan Ramadan, kebanyakan hantaran di akaun berkenaan mengandungi gambar Tengku Afzan bersama suami, FD Idzham FD Iskandar serta gambar Tengku Afzan bersama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Ahmad Ismail.

Baca Artikel Berkaitan: Istana Pahang Nafi Dakwaan Tengku Hassanal Akan Berkahwin Pada April 2025
Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Konon Tak Pakai Mask, Respon Tengku Puteri Jihan Dapat Pujian Netizen
Source:

![Ragam Adik-beradik Cuak Minta ‘Greenlight’ Dari Bapa Untuk Kurangkan Rakaat Tarawih Cuit Hati Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)

![“Nampak Bahaya” – Lori Treler Didakwa Bawa Blok Batu Tanpa Penghadang Buat Ramai Risau [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![Christy Ng Restock Pantri Untuk Staf Sempena Ramadan Raih Pujian, Siap Ada Kurma! [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)