Naratif fotografi: wajah, warna sebuah perayaan

4 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Naratif fotografi: wajah, warna sebuah perayaan

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati’ menyatukan rakyat dalam semangat perpaduan, memperlihatkan kepelbagaian budaya dan wajah masyarakat.

Melalui fotografi dokumentari, sambutan dirakam secara dekat dengan merakam acara rasmi serta detik spontan masyarakat.

Gelagat, interaksi, sorakan dan senyuman pelbagai latar membentuk naratif visualnya.

Image from: Naratif fotografi: wajah, warna sebuah perayaan

Pendekatan candid merakam momen secara semula jadi tanpa susunan dirancang. Setiap bingkai memperlihatkan semangat kebangsaan melalui tingkah laku dan emosi masyarakat dalam ruang awam.

Aspek potret pula memberi tumpuan kepada wajah sebagai representasi identiti dan kepelbagaian rakyat Malaysia.

Wajah daripada pelbagai kaum, usia dan generasi dirakam bersama busana tradisional, pakaian bertemakan Jalur Gemilang serta aksesori yang mencerminkan semangat sambutan.

Image from: Naratif fotografi: wajah, warna sebuah perayaan

Ekspresi yang dirakam, daripada senyuman dan keterujaan hingga kepada ketenangan dan rasa bangga, memberikan dimensi yang lebih peribadi kepada pengalaman Hari Kebangsaan.

Penggunaan cahaya semula jadi membantu membentuk karakter subjek serta menonjolkan perincian pakaian, hiasan, Jalur Gemilang dan ekspresi wajah tanpa menjejaskan suasana asal lokasi.

Secara kuratorial, koleksi imej ini berfungsi sebagai dokumentasi visual masyarakat yang meraikan identiti bersama.

Setiap foto saling melengkapi untuk membentuk naratif kepelbagaian, kebersamaan, dan semangat patriotisme.

 

Image from: Naratif fotografi: wajah, warna sebuah perayaan

Akhirnya, fotografi dalam konteks ini bukan sekadar usaha mengabadikan sebuah peristiwa, tetapi menjadi medium untuk membaca semula pengalaman masyarakat melalui wajah, gerak, warna dan interaksi manusia.

Setiap bingkai menjadi rekod visual tentang sebuah negara yang pelbagai, namun bersatu dalam satu ruang dan rasa kebanggaan terhadap Malaysia.

The post Naratif fotografi: wajah, warna sebuah perayaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved