Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

LocalFood
2 Oct 2026 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

image.png

Nampaknya, harga makanan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena penganjuran Formula 1 (F1) pada hari ini hingga Ahad mencetuskan perbincangan ramai apabila hidangan asas seperti nasi lemak telur goreng dijual pada harga RM35 sepinggan, sekali gus menuntut pengunjung membuat persediaan bajet lebih rapi.

Harga Menu Vendor F1 Sepang Tular

Semakan menerusi pautan pesanan acara mendapati beberapa makanan popular tempatan turut ditawarkan pada harga yang tinggi.

Selain nasi lemak RM35, menu lain yang senaraikan termasuk nasi ayam pada harga RM30 dan Indomie bersama telur goreng bernilai RM30 sepinggan.

Manakala bagi hidangan sampingan seperti buah potong, ia ditawarkan pada harga RM20, tidak termasuk kadar harga minuman dan barangan lain.

Simulasi Kos Pengunjung dan Keluarga

Bagi pengunjung yang hadir secara berkumpulan atau berkeluarga, perbelanjaan makanan boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu sesi makan.

Sebagai contoh, empat hidangan nasi lemak akan menelan kos RM140, manakala empat pinggan nasi ayam mencecah RM120 tanpa sebarang minuman tambahan.

Bagi pilihan snek ringkas, empat hidangan buah potong sahaja sudah memakan belanja sebanyak RM80.

Persediaan Bajet Pengunjung Litar Sepang

Kadar harga tersebut menarik perhatian ramai memandangkan makanan terbabit lazimnya boleh didapati pada harga jauh lebih rendah di luar kawasan acara.

Selain tarikan perlumbaan, Sepang International Circuit turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Bahrain Village yang menampilkan elemen budaya, hospitaliti, dan kulinari Bahrain.

Justeru, pengunjung yang merancang menghabiskan masa seharian di SIC dinasihatkan supaya mengambil kira kos makanan di samping perbelanjaan tiket, pengangkutan, dan cenderamata.

SUMBER: UTUSAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved