
Nazar kontrak antara hamba dan Tuhan
SOALAN
Sekiranya kita ingin bernazar, apakah perkara yang boleh dan tidak dibenarkan mengikut syariah Islam?
Syamini
KualaTerengganu
JAWAPAN
Bernazar adalah satu kontrak antara hamba dan Tuhannya. Ia melibatkan ibadat-ibadat sunat seperti puasa.
Yang tidak dibolehkan adalah nazar dalam perkara-perkara yang haram dan memudaratkan.
Solat sunat bantu khusyuk solat fardu
SOALAN
Saya selalu terganggu pemikiran semasa bersolat dan ini selalu menjejaskan khusyuk dalam solat. Saya mohon penjelasan apakah cara-cara khusyuk dalam solat?
Firman
Ingin tahu
JAWAPAN
Berusahalah solat sunat terdahulu untuk membuang lintasan-lintasan yang mengganggu anda kemudian dengan menghayati dan memahami makna-makna ayat yang dibaca dalam solat.
Solat sunat malam dua rakaat
SOALAN
Ada yang berkata, kita dibolehkan niat solat-solat sunat terutama qiamulail disekalikan dalam satu solat dua rakaat. Saya musykil adakah pendapat ini betul?
Jailani
Tangkak
JAWAPAN
Solat sunat pada waktu tengah malam adalah digalakkan dan ia dilakukan dalam bentuk dua rakaat. Solat malam adalah dua rakaat dan seterusnya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada soaljawabutusan@mediamulia.com.my
The post Nazar kontrak antara hamba dan Tuhan appeared first on Utusan Malaysia.





