Negara bangga, ribuan petugas jayakan F1 Gulf Bahrain – PM

9 Oct 2026 • 3:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Negara bangga, ribuan petugas jayakan F1 Gulf Bahrain – PM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh barisan petugas yang bertungkus-lumus menjayakan penganjuran Formula Satu (F1) Gulf Bahrain yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Beliau berkata, kejayaan penganjuran itu bukan sahaja hasil usaha petugas F1, sebaliknya turut melibatkan ribuan sukarelawan, penjawat awam, pasukan keselamatan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh barisan yang memungkinkan penganjuran mengejut F1 Gulf Bahrain yang baru selesai dengan tertib dan jayanya.

“Selain petugas F1, acara ini dijayakan dengan ribuan sukarelawan, penjawat awam, pasukan keselamatan dan NGO yang telah bergabung tenaga dengan semangat segulai sejalai,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Anwar, kejayaan tersebut turut membuktikan Malaysia mampu mengangkat nama negara di peringkat antarabangsa menerusi kekuatan dan kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat.

Beliau turut membandingkan semangat sama dengan pencapaian negara dalam Sukan Asia Ke-20 yang menyaksikan atlet daripada pelbagai kaum menyumbang kejayaan kepada kontinjen negara.

“Malaysia mampu terangkat di peringkat antarabangsa, sama juga Sukan Asia Ke-20, kita menyamai pencapaian terbaik dengan pemenang pingat merangkumi pelbagai kaum.

“Ini menunjukkan kita mencapai yang terbaik apabila kita meraih kekuatan daripada segenap komuniti. Negara berbangga dengan kalian,” katanya.– KOSMO! ONLINE

The post Negara bangga, ribuan petugas jayakan F1 Gulf Bahrain – PM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved