Nepal perlu bantuan teknikal, bukan operasi menyelamat

WorldEnvironment
29 Aug 2026 • 11:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nepal perlu bantuan teknikal, bukan operasi menyelamat

KATHMANDU: Nepal memerlukan bantuan asing dalam bidang khusus dan teknikal bagi menangani kesan banjir dahsyat yang melanda sempadan Himalayanya dengan China, namun tidak memerlukan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Menteri Luar Nepal, Shisir Khanal, berkata bantuan diperlukan bagi kerja yang memerlukan kepakaran khusus yang tidak mencukupi dalam negara itu.

Banjir berkenaan berlaku selepas runtuhan glasier pada Rabu mencetuskan aliran deras batu, ais, lumpur dan serpihan melalui sistem sungai di kawasan pergunungan Himalaya.

Bencana itu mengorbankan hampir 600 orang di Nepal dan Tibet, China, manakala lebih 2,000 lagi masih belum dapat dikesan.

Khanal berkata, Nepal memerlukan bantuan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam terowong, memulihkan perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi di kawasan yang jambatannya musnah, serta mengenal pasti mayat.

Bantuan turut diperlukan bagi menjalankan ujian DNA dan memastikan mayat dapat disimpan untuk tempoh lebih lama.

“Kami sudah membuat permintaan bagi perkhidmatan khusus dan bantuan teknikal dalam bidang yang kami tidak mempunyai kepakaran serta pengetahuan teknikal mencukupi,” katanya kepada Reuters pada lewat Jumaat.

Sementara itu, India dan China diminta menyediakan jambatan Bailey bagi membantu memulihkan segera hubungan pengangkutan dan komunikasi di kawasan dilanda bencana.

Kira-kira dua dozen jambatan musnah akibat bencana berkenaan, menyebabkan akses pengangkutan dan komunikasi di kawasan terbabit terjejas.

Pada Jumaat, Kementerian Luar Nepal memaklumkan bahawa Kathmandu masih mampu mengendalikan operasi menyelamat sendiri buat masa ini dan menolak penglibatan asing dalam usaha berkenaan.

Ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan itu, Khanal berkata Nepal tidak memerlukan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat secara umum kerana tugas berkenaan sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat negara itu.

“Kami berpendapat tidak perlu ada pertindihan dalam usaha ini,” katanya.- AGENSI

The post Nepal perlu bantuan teknikal, bukan operasi menyelamat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved