Netizen Pertikai Pakaian Sukan Muslimah Rekaan Tya Adnan, Ini Respons Tuan Badan - “Kami Buat Baju Longgar Bukan Untuk…”

31 Jul 2025 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usaha isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan untuk memperkenalkan pakaian sukan muslimah mengikut syariat dipertikaikan segelintir netizen di laman sosial.

 

Enggan berdiam diri, Tya menerusi platform Threads biarpun menerima kritikan daripada segelintir pihak namun dia tetap akan terus memperjuangkan pakaian tersebut.

 

“Tak semua orang boleh hadam wanita muslimah yang yakin, bersukan, dan tetap menutup aurat. Tapi itu tak bermakna kita perlu ubah diri kita.

 

“Yang tak selesa tengok, boleh teruskan scroll. Kami masih di sini, dan terus berkembang. Semoga Allah bantu.

 

“Kita buat baju longgar, besar, tutup aurat - bukan untuk sedap mata orang pandang. Tapi untuk Allah pandang kita dengan rahmat-Nya. Kalau tak biasa tengok, biasakan. Ini bukan trend sementara. Ini perjuangan,” katanya lagi.

 

Pada perkongsian lain, Tya turut mempertikaikan tindakan segelintir pihak yang meminta wanita memakai niqab untuk tidak keluar bersukan dan hanya duduk di rumah.

 

“Mereka kata, 'Kalau dah berniqab, duduk rumah diam-diam. Tak payah post di media sosial! Tapi kalau semua wanita berniqab diam, siapa yang nak normalisasikan pakaian yang Allah reda?

 

“Kami bukan muncul untuk glamor. Kami muncul untuk menormalisasikan syariat. Bukan untuk populariti. Tapi untuk generasi,” katanya.

 

Sebelum ini, Tya berkongsi beberapa foto mempromosikan koleksi pakaian sukan muslimah rekaannya dan rata-rata netizen memuji isteri Shukri itu.

 

Namun terdapat segelintir netizen di laman sosial seakan-akan mempertikaikan usaha Tya mempromosikan pakaian itu kerana beranggapan ia tidak sesuai untuk dipakai ketika bersukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved