Network School Tangguh Pelaburan Di Malaysia, Mohon Pertemuan Dengan Perdana Menteri

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 2:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Network School Tangguh Pelaburan Di Malaysia, Mohon Pertemuan Dengan Perdana Menteri

Network School Tangguh Pelaburan Di Malaysia, Mohon Pertemuan Dengan Perdana Menteri

Pengasas Network School, Balaji Srinivasan memaklumkan bahawa semua pelaburan lanjut yang dirancang pihaknya di Malaysia telah ditangguhkan sehingga mereka menerima jaminan mencukupi bahawa isu melibatkan dakwaan di media sosial dan siasatan pihak berkuasa terhadap komuniti itu tidak akan berulang.

Dalam satu kenyataan di platform X, beliau berkata rancangan pelaburan termasuk dari eksekutif dan pelabur daripada firma teknologi global yang dibawa mereka ke Forest City turut ditangguhkan.

Beliau juga memohon satu pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri bagi membincangkan terma memorandum persefahaman antara Network School dan kerajaan Malaysia.

Baca juga:

Menurutnya, langkah itu perlu sekiranya Malaysia masih mahukan pelaburan teknologi global yang berterusan, menjadi antara 20 hab teknologi terbaik dunia dan ingin dibantu oleh komuniti itu untuk menghidupkan semula Forest City.

"Ia boleh dibuat dengan pendekatan yang serupa seperti dokumen yang baru-baru ini ditandatangani antara Solana Foundation dengan kerajaan Kazakhstan.

"Perincian khusus tentunya boleh dibincangkan. Namun, kami akan memberikan komitmen secara terbuka untuk mematuhi semua undang-undang Malaysia, seperti yang sememangnya telah kami lakukan, serta menghormati kedaulatan Malaysia iaitu sesuatu yang tidak pernah dipersoalkan," katanya.

Ujarnya lagi, sebagai balasan, pihak kerajaan boleh mengenali komuniti mereka yang mesra dan memahami bahawa mereka memilih Malaysia kerana percaya negara ini merupakan tempat yang baik untuk membina sebuah hab teknologi.

"Di sini, jurutera dari negara-negara Selatan Global, pelabur dari Barat dan pembangun dari Malaysia sendiri boleh bertemu orang baharu, membina sesuatu yang menarik dan mungkin menghasilkan pertumbuhan ekonomi bernilai jutaan dolar dalam jangka panjang.

"Visi berteraskan keamanan dan perdagangan, semangat antarabangsa serta keusahawanan itu masih terbuka.

"Kami tidak meminta sebarang wang, hanya satu pertemuan bagi membantu memulihkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai sebuah bidang kuasa yang sesuai untuk pelaburan," katanya.

Tegasnya, Network School menghormati jika Malaysia membuat keputusan untuk tidak mahukan pelaburan dari mereka dan mengalihkan modal ke negara lain.

"Walau apa pun keputusannya, kami akan terus menjadi sahabat dan menghormati keputusan anda," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved