Pengasas Network School Tangguh Rancangan Pelaburan Baharu Ke Malaysia, Dedah Sudah Labur Lebih RM100 Juta

LocalBusiness & Finance
17 Jul 2026 • 3:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pengasas Network School Tangguh Rancangan Pelaburan Baharu Ke Malaysia, Dedah Sudah Labur Lebih RM100 Juta

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu kontroversi melibatkan komuniti Network School yang beroperasi di Forest City, Iskandar Puteri, Johor Baharu masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.

Ia susulan dakwaan yang mengatakan terdapat warga Israel turut menyertai program berkenaan dengan menggunakan pasport negara kedua.

Pengasas Network School Tangguh Rancangan Pelaburan Baharu Ke Malaysia

Terbaharu, Pengasas Network School, Balaji Srinivasan mengumumkan kesemua rancangan pelaburan baharu ke negara ini akan ditangguhkan sehingga mendapat jaminan kerajaan.

Pengumuman itu dibuat susulan kontroversi yang melanda Network School selepas kecoh di media sosial dakwaan syarikat tersebut melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Balaji Dakwa Rakan Pelabur Akan Turut Tangguhkan Pelaburan Sehingga Dapat Jaminan Kerajaan

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas, Balaji turut memaklumkan beberapa rakan pelabur serta eksekutif syarikat teknologi antarabangsa yang dibawanya ke Forest City turut mengambil langkah sama dengan menangguhkan pelaburan ke Malaysia.

Jelas Balaji, keputusan tersebut dibuat sehingga pihaknya mendapat jaminan bahawa insiden sebegitu tidak akan berulang serta tidak menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

“Sehari sebelum Pilihan Raya Negeri Johor pada 11 Julai, sebuah akaun media sosial, Malaysian_protest_4 _palestine (MP4P) memuat naik satu hantaran di Instagram yang secara palsu menuduh Network School melindungi pendatang asing tanpa izin.

“Tuduhan sensasi itu mencetuskan kekecohan di Malaysia sehingga pihak berkuasa hadir ke kampus kami pada 14 Julai untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Pengasas Dakwa Tiada Apa-Apa Nak Disembunyikan

Kongsi Balaji, pihak berkuasa pada 15 Julai lalu telah mengesahkan kepada media pada bahawa kesemua dokumen perjalanan adalah sah selepas pemeriksaan terhadap ratusan pasport milik individu dari 40 buah negara dilakukan.

“Sepanjang proses itu, kami memberikan kerjasama sepenuhnya. Anda boleh melihat gambar lelaki, wanita dan kanak-kanak di Network School tersenyum sambil memegang pasport masing-masing pada waktu siang. Wajah kami jelas dan identiti kami diketahui umum.

“Kami tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” jelasnya.

Balaji Dakwa Proses Siasatan Beri Kesan Terhadap Pelabur Asing

Malah, Balaji berpendapat proses siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan telah memberi kesan kepada reputasi syarikat serta keyakinan pelabur meskipun dakwaan tular itu akhirnya tidak dapat dibuktikan.

“Dalam keadaan seperti ini, proses itu sendiri sudah menjadi satu bentuk hukuman. Apa yang dilakukan MP4P sangat mirip dengan jenayah yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai ‘swatting’, iaitu membuat laporan palsu mengenai ancaman serius sehingga memaksa polis membuang masa menyiasat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud, sekali gus mengalihkan perhatian daripada tugas melindungi rakyat,” jelasnya.

Pengasas Dakwa Network School Dah Labur Lebih 100 Juta, Beri Peluang Kepada Rakyat Tempatan

Dakwanya lagi, Network School telah melaburkan lebih RM100 juta dengan membangunkan kampus mesra syarikat pemula di Forest City tanpa menerima dana daripada kerajaan Malaysia.

Jelasnya, pelaburan itu bukan hanya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan malah ia turut membantu syarikat pemula, menyokong perniagaan setempat serta menjadi penyumbang kepada usaha untuk menghidupkan semula pembangunan Forest City.

“Hakikatnya, kami telah melaburkan lebih RM100 juta di Malaysia, mewujudkan pekerjaan kepada puluhan rakyat Malaysia dan identiti kami diketahui umum.

“Eksekutif serta kakitangan kami di Malaysia sepatutnya diberikan kepercayaan terlebih dahulu berbanding dakwaan daripada akaun media sosial tanpa nama,” katanya.

Balaji Mohon Jumpa Perdana Menteri, Bincang Kemungkinan Meterai MoU Antara Network School & Kerajaan

Pada masa sama, Balaji turut memohon satu pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan bagi membincang kemungkinan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Network School dan kerajaan Malaysia.

Jelasnya, memorandum itu bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama kedua-dua pihak serta memulihkan keyakinan komuniti teknologi global terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

“Perinciannya boleh dibincangkan kemudian, namun kami akan secara terbuka berjanji untuk terus mematuhi semua undang-undang Malaysia seperti yang kami lakukan sekarang serta menghormati kedaulatan Malaysia, sesuatu yang tidak pernah kami persoalkan.

“Sebagai balasan, kerajaan akan berpeluang mengenali komuniti kami dengan lebih dekat dan memahami bahawa kami memilih Malaysia kerana percaya negara ini merupakan tempat terbaik untuk membina hab teknologi yang menemukan jurutera dari negara-negara membangun, pelabur dari Barat dan usahawan tempatan Malaysia bagi membina inovasi serta menjana pertumbuhan ekonomi bernilai jutaan dolar pada masa hadapan.

“Kami tidak meminta sebarang dana. Apa yang kami mahukan hanyalah satu pertemuan bagi membantu memulihkan keyakinan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini.

“Sebaliknya, jika Malaysia tidak lagi menginginkan pelaburan kami atau pelaburan rakan-rakan kami daripada dana berbilion dolar dan syarikat bertaraf trilion dolar, kami akan menghormati keputusan tersebut dan mengalihkan modal kami ke negara lain,” katanya.

Malaysia Tegas Dengan Pendirian Tidak Sokong Urusan Berkaitan Zionis

Dalam pada itu, MP4P menyifatkan pengumuman Balaji seolah-olah seperti satu ugutan kepada Malaysia.

“Walaupun mereka boleh mengugut Malaysia dengan kehilangan peluang pelaburan, biarlah ini menjadi mesej bahawa rakyat Malaysia menolak sebarang bentuk Zionisme dan keuntungan ekonomi yang dibina daripada pembersihan etnik serta rampasan tanah rakyat Palestin,” kata mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Protest 4 Palestine (MP4P) (@malaysian_protest_4_palestine)

Baca Artikel Berkaitan: Forest City Akan Ambil Tindakan Jika Dapati Komuniti Network School Langgar Undang-undang

Baca Artikel Berkaitan: “Nilai Tindakan, Bukan Pasportnya” – Usahawan AS Pertahan Komuniti Network School Di Forest City

Baca Artikel Berkaitan: KPT Sahkan Network School Di Forest City Bukan IPTS Berdaftar, Tiada Kerjasama Dengan UA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved