Nexal Pad Dan Nexal Earbuds Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM199

TechnologyDigital
13 Oct 2026 • 3:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jenama gajet gaya hidup aktif Nexal yang telah memasuki pasaran termpatan dengan jam pintar Nexal Watch dan Nexal Watch Pro pada pertengahan tahun ini hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan dua model produk baru untuk mendampingi siri jam pintar tersebut, termasuklah tablet Nexal Pad dan juga fon telinga TWS mereka, iaitu Nexal Earbuds.

Image from: Nexal Pad Dan Nexal Earbuds Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM199

Bermula dengan penawaran Nexal Pad mereka, ia merupakan sebuah tablet tahan lasak yang hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 11 inci dengan resolusi 2.5K dengan kadar segar semula setinggi 90Hz dan nilai kecerahan 500 nits. Ia turut dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G200 bersama-sama dengan memori dan storan 6GB dan 256GB yang boleh dilanjutkan ke 1TB menggunakan storan tambahan kad MicroSD.

Image from: Nexal Pad Dan Nexal Earbuds Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM199

Satu lagi ciri tambahan produk ini ialah ia hadir dengan slot dwi-SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan juga sambungan internet nirwayar WiFi. Di bahagian belakang pula ialah kamera dengan resolusi 13MP dengan lampu flash LED. Sebagai sebuah peranti gaya hidup aktif dan tahan lasak, tablet ini juga merumahkan bateri sebesar 10,000mAH dengan sokongan pengecasan pantas 33W terbina.

Image from: Nexal Pad Dan Nexal Earbuds Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM199

Nexal Pad hadir dalam dua penawaran warna, termasuklah Obsidian Grey dan Aurora Green pada harga RM1099 dan boleh dibeli melalui gedung atas-talian Nexal Malaysia di Shopee. Pembelian tablet ini juga akan disertakan dengan penutup papan kekunci dan juga langganan kepada perkhidmatan AI Nexal bernilai RM359.

Nexal Earbuds pula ialah fon telinga TWS syarikat tersebut yang bukan sahaja hadir dengan rekaan yang padat, tetapi juga hadir dengan pelbagai ciri-ciri fon telinga yang secara lazimnya diperlihatkan dalam banyak model fon telinga TWS yang jauh lebih premium.

Image from: Nexal Pad Dan Nexal Earbuds Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM199

Nexal Earbuds hadir menggunakan pemandu audio bersaiz 13mm untuk kualiti audio yang baik, dan juga menggunakan tiga mikrofon terbina yang dimanfaatkan untuk kualiti percakapan yang baik, dan juga untuk pembatalan bunyi hingar yang menghalang bunyi luaran yang tidak mahu didengari.

Image from: Nexal Pad Dan Nexal Earbuds Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM199

Bercakap tentang mikrofon, fon telinga ini turut hadir dengan teknologi VPU Voice Enhancement yang membantu memastikan kualiti percakapan anda adalah sebaik dan selancar yang mungkin apabila isyarat audio dihantar kepada penerima panggilan. 

Image from: Nexal Pad Dan Nexal Earbuds Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM199

Fon telinga ini juga mempunyai mod transparency dan penjejakan pemakaian, yang akan memastikan anda boleh mendengar bunyi persekitaran apabila anda mahu, dan juga menjedakan sebarang kandungan multimedia yang dimainkan apabila anda mencabut salah satu daripada fon telinga ini sewaktu ia sedang digunakan.

Image from: Nexal Pad Dan Nexal Earbuds Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM199

Nexal Earbuds kini sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM199 dan ditawarkan dalam warna putih dan hitam dan juga boleh dibeli di platform-platform jualan atas talian mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved