NGO mahu SPRM, AG jelas status siasatan isu perjanjian RM1.1 bilion

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 4:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: NGO mahu SPRM, AG jelas status siasatan isu perjanjian RM1.1 bilion

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AG) wajar diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab dalam siasatan kes dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Naib Presiden NGO Profesional Muda, Dr. Azizi Azizan berkata, sebarang penjelasan rasmi yang bersesuaian mengenai status proses berkaitan akan membantu memperkukuh keyakinan masyarakat.

Menurut beliau, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan, manfaat dan pencapaian kerjasama strategik tersebut supaya perbincangan awam tidak hanya tertumpu kepada aspek siasatan, tetapi menilai keberkesanan dasar ekonomi negara.

“Malaysia memerlukan budaya politik yang tidak tergesa-gesa menghukum individu, tetapi juga tidak mengabaikan kepentingan ketelusan dalam pengurusan negara.

“Akhirnya, kematangan demokrasi tidak hanya diukur melalui keberanian kita membangkitkan persoalan, tetapi juga melalui kesediaan kita menghormati fakta, proses undang-undang dan hak semua pihak,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Azizi berkata, isu ini perlu dinilai secara lebih matang dan menyeluruh, bukan sekadar melalui persaingan naratif politik atau kecenderungan terhadap mana-mana individu.

Katanya, persoalan utama dalam isu ini bukan semata-mata mengenai siapa yang terlibat, tetapi bagaimana sesuatu keputusan dasar yang melibatkan komitmen kewangan negara dinilai, dipantau dan dipertanggungjawabkan kepada rakyat.

“Kita harus mengakui bahawa pelaburan dalam industri semikonduktor merupakan sebahagian daripada usaha penting untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekonomi berteknologi tinggi. Namun, kepentingan strategik sesuatu pelaburan tidak seharusnya mengecualikannya daripada penelitian terhadap aspek tadbir urus, keberkesanan pelaksanaan dan pulangan kepada negara,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, semua pihak perlu menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang atau telah dijalankan oleh pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post NGO mahu SPRM, AG jelas status siasatan isu perjanjian RM1.1 bilion appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved