Ni Hsin raih tempahan Alam Flora bekal 161 kenderaan elektrik bagi operasi pengurusan sisa

LocalBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 6:25 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ni Hsin raih tempahan Alam Flora bekal 161 kenderaan elektrik bagi operasi pengurusan sisa Image from: Ni Hsin raih tempahan Alam Flora bekal 161 kenderaan elektrik bagi operasi pengurusan sisa johardy15/09/2026 - 18:25 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Sept - Ni Hsin Group Berhad memperoleh dua tempahan belian daripada Alam Flora Sdn Bhd untuk membekalkan 161 kenderaan elektrik (EV) bernilai keseluruhan RM2.76 juta bagi operasi pengurusan sisa dan kebersihan awam.

 

Tempahan itu diberikan kepada Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NHEVT), anak syarikat milik penuh Ni Hsin yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, melibatkan 105 motosikal elektrik dan 56 kenderaan elektrik tiga roda.

 

Kesemua kenderaan itu dijadualkan dihantar sepenuhnya selewat-lewatnya 31 Dis 2026 untuk digunakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa lokasi di Pahang.

 

Tempahan 105 motosikal elektrik bernilai RM1.56 juta, dengan 93 unit diperuntukkan kepada Depot Batu Muda milik Alam Flora di Kuala Lumpur dan beberapa unit lagi untuk Depot Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di Putrajaya.

 

Tempahan berasingan bernilai RM1.2 juta pula melibatkan 56 kenderaan elektrik utiliti tiga roda tugas berat untuk menyokong operasi di Kuantan, Pekan, Rompin, Tioman, Muadzam, Temerloh, Maran, Jerantut, Bera, Bentong, Raub, Kuala Lipis dan Cameron Highlands, selain Putrajaya dan Kuala Lumpur.

 

Sokong operasi pengurusan sisa

Armada elektrik itu akan menyokong pasukan operasi Alam Flora dalam aktiviti rondaan dan pengurusan sisa, selain membantu mengurangkan pelepasan karbon serta bunyi ketika operasi.

 

Pengarah Urusan NHEVT, Khoo Chee Kong berkata, tempahan itu merupakan pencapaian penting bagi syarikat dalam memperluaskan penggunaan penyelesaian mobiliti elektrik mampan untuk sektor komersial dan perindustrian di Malaysia.

 

“Kerjasama ini merupakan pencapaian penting bagi NHEVT ketika kami terus memperjuangkan penyelesaian e-mobiliti yang praktikal dan mampan untuk operasi komersial dan perindustrian di seluruh Malaysia,” katanya.

 

Alam Flora ialah sebuah syarikat pengurusan alam sekitar dan anak syarikat Malakoff Corporation Berhad yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

 

Ni Hsin berkata, kerjasama itu mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat untuk mempercepatkan inisiatif hijau dan mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor pengurusan sisa bandar serta kebersihan awam di Malaysia. DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved