
PETALING JAYA – Kesesakan aliran trafik di Lebuh Raya Persekutuan, di sini, berpunca daripada kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Almera dalam kejadian awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
“Berdasarkan semakan, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan sahaja dan tidak melibatkan kenderaan lain. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya ringkas sebentar tadi.
Beliau berkata, pemandu lelaki berusia 20-an terbabit juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).
Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman yang memaparkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan susulan kemalangan jalan raya berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Nissan Almera terbabas di Lebuh Raya Persekutuan appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] Mundar-mandir sebelum kebas van](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-24-at-20.31.06-1024x550.jpeg)




