Noraqilah dibelenggu kecederaan buku lali

16 Sep 2026 • 5:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Noraqilah dibelenggu kecederaan buku lali

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan berdepan kebimbangan menjelang temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila pemain beregu wanita, Noraqilah Maisarah Ramdan dibelenggu kecederaan buku lali kiri.

Walaupun masih belum pulih daripada kecederaan yang dialami ketika latihan Khamis lalu, namun dia yang bergandingan bersama Low Zi Yu tetap berangkat ke Jepun hari ini bersama rakan sepasukan.

Noraqilah berkata, kecederaan dialami sudah beransur pulih tetapi keadaannya masih perlu dipantau selain perlu menjalani pemeriksaan lanjut ketika berada di Jepun nanti.

“Saya rasa sudah semakin baik daripada hari pertama saya mengalami kecederaan itu tetapi masih belum tahu bagaimana, kena pergi sana (Jepun) dulu tengok macam mana.

“Sejak beberapa hari ini saya fokus kepada pemulihan. Ada juga latihan di gelanggang cuma pergerakan itu dikurangkan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysi (ABM) sebelum berlepas ke Jepun hari ini.

Dalam pada itu, dia juga tetap mahu untuk mencuba walaupun diberikan pilihan untuk tidak beraksi pada temasya itu nanti sekiranya kecederaan yang dialami belum pulih sepenuhnya.

“Jurulatih cakap kalau rasa tidak boleh, lebih baik jangan main dulu tetapi pada masa sama dia cakap pergi dulu dan tengok doktor di sana cakap apa. Akan ada lagi satu pemeriksaan di sana nanti.

“Sudah tentu saya mahu bermain di Sukan Asia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Noraqilah dibelenggu kecederaan buku lali appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved