Norris yakin masalah bahan api McLaren selesai

11 Oct 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Norris yakin masalah bahan api McLaren selesai

SINGAPURA: Lando Norris berharap penyelesaian terhadap masalah sistem bahan api jentera McLaren mampu menjadi titik perubahan buatnya untuk kembali mencabar kemenangan pada Grand Prix (GP) Singapura, hari ini.

Juara dunia Formula Satu (F1) 2025 itu berkata, petanda positif daripada penambahbaikan teknikal pasukan memberi keyakinan bahawa masalah yang menjejaskan kelajuan jentera di laluan lurus sebelum ini mungkin sudah diatasi.

Norris mengakui pasukan masih meneliti data bagi memastikan keberkesanan penyelesaian berkenaan, namun beliau melihat perkembangan itu sebagai langkah penting untuk memperkukuh daya saing McLaren menjelang perlumbaan di Litar Jalan Raya Marina Bay.

“Daripada apa yang saya lihat setakat ini, saya rasa begitu, tetapi sejujurnya saya masih belum mengetahui segala-galanya,” kata Norris.

Beliau berkata, pasukan teknikal masih menjalankan pemeriksaan lanjut selepas hari yang sibuk, namun tanda-tanda awal menunjukkan McLaren semakin hampir mencapai tahap prestasi yang diharapkan.

“Banyak perkara nampak baik dan kami kelihatan semakin rapat sebagai sebuah pasukan, cuma saya sendiri tidak melakukan tugas dengan cukup baik,” katanya.

Keyakinan itu hadir ketika Norris mahu memastikan masalah teknikal tidak lagi menjadi penghalang dalam usahanya memburu keputusan lebih baik, terutama di litar jalan raya Marina Bay yang menuntut ketepatan dan konsistensi sepanjang perlumbaan.

Bagaimanapun, pelumba Britain itu tetap meletakkan tanggungjawab terhadap prestasinya di bahu sendiri dan enggan menjadikan isu jentera sebagai alasan, sekali gus berharap penambahbaikan McLaren dapat diterjemahkan kepada keputusan lebih meyakinkan pada perlumbaan utama malam ini. – AGENSI/UTUSAN

The post Norris yakin masalah bahan api McLaren selesai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved