Nothing Phone (4b) Di Malaysia Bermula 20 September – Berharga RM1,599

LocalTechnology
8 Sep 2026 • 8:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Phone (4b) Di Malaysia Bermula 20 September – Berharga RM1,599

Nothing kini mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Nothing Phone (4b). Di Malaysia, ia akan ditawarkan bermula 20 September 2026, pada harga RM1,599.

Image from: Nothing Phone (4b) Di Malaysia Bermula 20 September – Berharga RM1,599

Nothing Phone (4b) hadir dengan skrin 6.77-inci OLED 120Hz, dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 4, memori 8GB LPDDR4X, dan storan 128GB. Ia turut dipadankan dengan bateri 5200mAh dengan sokongan pengecasan 33W, dan kamera belakang utama 50-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan IP64, serta mempunyai pengimbas cap jari pada skrin. Nothing turut menyertakan butang Essential Key, serta lampu Glyph pada telefon pintar ini. Menguasakan Nothing Phone (4b) adalah Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16.

Image from: Nothing Phone (4b) Di Malaysia Bermula 20 September – Berharga RM1,599

Sempena pengumuman ini, untuk pra-tempahan bermula hari ini di laman Nothing sehingga 20 September 2026, pihak Nothing menawarkan diskaun RM100, membolehkan peranti ini dibeli pada harga RM1,499, dan turut menerima hadiah percuma berbentuk sebuah beg sandang boleh-lipat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved