Nubia Neo 5 GT Dilancarkan Dengan Sokongan Kipas Terbina

TechnologyGaming
4 Mar 2026 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nubia memperkenalkan Neo 5 GT di MWC 2026 sebagai kemaskini kepada model tahun lalu. Telefon pintar ini ditujukan khas kepada pengguna muda dengan fokus kepada pengalaman gaming bertaraf esukan.

image is not available

Penawarannya dilihat cukup menarik kerana ia hadir dengan sokongan kipas terbina untuk sistem penyejukan aktif, di mana sesuatu yang jarang ditawarkan dalam kelasnya. Selain itu, Neo 5 GT turut membawa beberapa kelebihan lain seperti sistem penyejukan professional, bateri tahan lama, AI Game Space serta AI Copilot Demi 2.0.

image is not available

Nubia Neo 5 GT menggunakan skrin AMOLED 6.8 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, serta kecerahan puncak 4500 nits. Ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 7400 bersama NeoTurbo Engine yang memastikan kadar bingkai kekal stabil ketika bermain permainan berat.

Peranti ini turut hadir dengan kelebihan unik melalui kipas terbina yang digabungkan dengan sistem penyejukan 29,508mm² serta reka bentuk Through-Flow Duct yang menyalurkan aliran udara terus ke CPU dan bateri.

image is not available

nubia Neo 5 GT turut hadir dengan 550Hz Neo Triggers 5.0, kadar tindak balas sub-5.5ms, serta Magic Touch 3.0 yang memastikan skrin kekal responsif walaupun jari basah atau berminyak. Bateri berkapasiti 6210mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 80W (mod ekstrem 5% mampu memberi tambahan sehingga 23 minit sesi permainan).

image is not available

Neo 5 GT juga menawarkan kamera belakang 50MP AI Triple dan kamera hadapan 16MPbersama fungsi AI terbina seperti Scam Alert, AI Translate, serta AI Image/Text Generation untuk kegunaan harian. Ciri lain yang melengkapkan pengalaman termasuk sistem audio Stereo DTS:X Ultra, motor linear X-Axis, rekaan belakang rata tanpa bonggol kamera serta pencahayaan RGB pada kipas yang menambah gaya peranti itu sendiri.

image is not available

Buat masa ini, tiada harga rasmi diumumkan namun pelancarannya dijangka bermula di Asia Tenggara sekitar bulan ini sebelum diperluaskan ke pasaran lain.