Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden PKR

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 9:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

nurul izzah

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar telah diberi kebenaran oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu  untuk bercuti sementara berkuat kuasa selepas Kongres Nasional 2026 di Melaka, minggu depan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil memberitahu, Nurul Izzah juga memaklumkan mahu mengundurkan diri daripada jawatan terebut.

“Setelah mendengar pandangan Nurul Izzah dan  pimpinan MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.

Pada masa sama, Fahmi turut memaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memangku tugas Timbalan Presiden untuk sementara.

Keputusan mesyuarat MPP yang berlangsung hari ini turut menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan kekal sebagai Naib Presiden dan menggalas tugas penuh selaku Pengarah Pilihanraya PKR.

Fahmi turut memaklumkan bahawa Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dijadual berlangsung pada 14 Ogos ini.

Jawatan Timbalan Presiden PKR disandang oleh Nurul Izzah bagi penggal 2025 hingga 2028 selepas beliau menewaskan penyandang ketika itu, Datuk Seri Rafizi Ramli, dalam pemilihan parti pada Mei 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa ketika itu mengumumkan Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi menewaskan Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan yang meraih 3,866 undi.

The post Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden PKR appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved