NWE Resources, KAF IB meterai perjanjian untuk penyenaraian di Pasaran ACE

LocalBusiness & Finance
24 Aug 2026 • 5:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: NWE Resources, KAF IB meterai perjanjian untuk penyenaraian di Pasaran ACE

PETALING JAYA: NWE Resources Group Berhad (NWE Resources) memeterai perjanjian pengunderaitan dengan KAF Investment Bank Berhad (KAF IB) berhubung cadangan tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

IPO penyedia kemudahan hospitaliti, produk penjagaan diri dan makanan kesihatan itu melibatkan terbitan awam sebanyak 143.15 juta saham biasa baharu, mewakili 26.5 peratus daripada modal saham terbitan diperbesarkan sebanyak 540 juta saham selepas penyenaraian.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 27 juta saham akan ditawarkan kepada orang awam Malaysia melalui undian, manakala 10.8 juta saham diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan individu yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan melalui peruntukan borang merah jambu.

Baki 105.35 juta saham pula akan ditempatkan kepada pelabur terpilih menerusi penempatan persendirian.

Di bawah perjanjian pengunderaitan, KAF IB akan menanggung jamin sebanyak 37.8 juta saham yang terdiri daripada saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia dan peruntukan borang merah jambu.

Pengarah Urusan Kumpulan NWE Resources, Tan Hong Huat berkata, hasil IPO akan digunakan untuk mempercepat pembangunan produk baharu, memperluaskan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), meningkatkan operasi pembuatan serta mengukuhkan capaian pasaran.

Katanya, pelanjutan Tahun Melawat Malaysia 2026 sehingga akhir 2027 dijangka menyokong ketibaan pelancong dan kadar penghunian hotel, sekali gus meningkatkan permintaan berulang terhadap kemudahan hospitaliti.

“NWE Resources mempunyai asas kukuh untuk merebut peluang pasaran menerusi rangkaian pengedaran pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang telah dibangunkan, selain permintaan berulang terhadap produk penjagaan diri dan peningkatan kesedaran kesihatan dalam kalangan pengguna,” katanya dalam kenyataan.

NWE Resources mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam perniagaan kemudahan hospitaliti dan 30 tahun mengendalikan program MLM, M-Plan.

Kumpulan turut mempunyai keupayaan dalaman dalam pembuatan, pembungkusan semula serta R&D bagi membangunkan penyelesaian tersuai dan formulasi proprietari.

NWE Resources dijangka disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada suku keempat 2026, dengan KAF IB bertindak sebagai penasihat utama, penaja, pengunderait dan ejen penempatan bagi IPO berkenaan. – UTUSAN

The post NWE Resources, KAF IB meterai perjanjian untuk penyenaraian di Pasaran ACE appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved