Op Crack: Disyaki subahat godam MyIMMs, lima pegawai JIM direman

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Op Crack: Disyaki subahat godam MyIMMs, lima pegawai JIM direman
Antara pegawai JIM yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes godam MyIMMs.

PUTRAJAYA – Lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) direman selama tiga hari selepas disyaki bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi meluluskan permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Perintah reman sehingga 6 Ogos terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an hingga 40-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada kira-kira jam 1 petang Isnin.

"Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat menggodam MyIMMs selain membantu proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah," katanya.

Katanya, susulan penahanan itu, SPRM turut menyita lima unit telefon bimbit milik kesemua suspek bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved