Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal

18 Oct 2026 • 11:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal

KUALA LUMPUR: Kira-kira 800 buah kenderaan diperiksa menerusi penguatkuasaan Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ampang, di sini awal pagi tadi.

Operasi bermula 3 pagi itu membabitkan 80 orang pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dengan bantuan 12 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta lima anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pemeriksaan itu telan membawa kepada 60 sitaan motosikal selain 300 saman dikeluarkan.

Katanya, satu tangkapan turut dilakukan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 berkaitan isu identiti motosikal.

“Hampir 90 peratus kesalahan membabitkan pengubahsuaian motosikal yang tidak sempurna, termasuk brek, enjin dan ekzos.

“Selain itu, ramai penunggang tidak memiliki lesen memandu yang sah walaupun usia mereka sudah dewasa,” katanya semasa sidang akbar di sini hari ini.

Mohd. Zamzuri berkata, pemeriksaan turut mendapati masih ada penunggang bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu sah namun jumlah sebenar belum dapat dipastikan kerana proses saringan masih berjalan.

Tambahnya, semua motosikal yang disita akan dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut termasuk ujian oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Tuntutan semula motosikal akan dipertimbangkan mengikut kes, bergantung kepada kesalahan dan keadaan kenderaan,” katanya.

Dalam operasi sama, seorang pekerja kedai makan dikenali sebagai Putra, 21, dari Nilai, Negeri Sembilan, berputih mata apabila motosikal Yamaha 125ZR miliknya disita selepas dikesan melakukan pengubahsuaian tidak sempurna dengan kos kira-kira RM5,000.

Dia yang mempunyai lesen memandu mengakui melakukan pengubahsuaian motosikal itu dengan kos RM5,000 untuk kepuasan diri dan menghasilkan kandungan media sosial. – UTUSAN 

The post Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved