OpenAI Kini Menjana Pendapatan Berjumlah $2 Bilion Setiap Bulan

TechnologyBusiness & Finance
1 Apr 2026 • 4:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI kini berkongsi menyatakan kini mereka menjana pendapatan berjumlah $2 bilion setiap bulan. Sebelum ini, pada penghujung 2024, OpenAI menjana $1 bilion setiap tiga bulan, dan pencapaian ini dilihat selari dengan perkembangan penggunaan perkhidmatan kecerdasan buatan pada peringkat global.

Walaubagaimanapun, OpenAI masih tidak mencapai fasa keuntungan lagi buat masa ini. Pendapatan ini dikongsikan oleh OpenAI, selari penerimaan suntikan dana pelaburan berjumlah $122 bilion, yang menilaikan syarikat OpenAI pada nilai $852 bilion.

Pada tahun ini juga, OpenAI dilihat telah lebih memfokuskan penawaran mereka kepada pengguna perusahaan dan juga pengguna perkhidmatan pengaturcaraan Codex. Beberapa perkhidmatan dan perancangan telah dibatalkan. ChatGPT, produk utama dibawah mereka kini mempunyai lebih 900 juta pengguna aktif mingguan, dan lebih 50 juta pelanggan berbayar.

OpenAI turut menyatakan mereka sedang membangunkan aplikasi super, yang akan mengabungkan ChatGPT, Codex, pelayar web, dan juga sokongan AI berejen – sekaligus membuatkan pengguna hanya perlu satu aplikasi sahaja untuk pelbagai urusan melibatkan AI.