Oppo Find X9s Bersama Kamera Hasselblad Dan Bateri 7025mAh Turut Diperkenalkan Pada Harga RM3899

LocalTechnology
21 Apr 2026 • 9:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan Oppo Find X9 Ultra, pihak Oppo turut memperkenalkan satu lagi variasi peranti dibawah keluarga sama, iaitu Oppo Find X9s. Sekiranya versi “Ultra” ditujukan kepada peminat tegar fotografi, Find X9s pula diposisikan kepada mereka yang sering bercuti dan mengembara, dan memerlukan rakan perakam gambar yang baik.

Image from: Oppo Find X9s Bersama Kamera Hasselblad Dan Bateri 7025mAh Turut Diperkenalkan Pada Harga RM3899

Oppo Find X9s turut menyertakan kamera berjenama serta berteknologi Hasselblad bersama-sama dengannya. Peranti ini menggunakan gabungan tiga sensor 50-megapixel pada bahagian belakang, dalam membolehkan rakaman gambar yang baik menggunakannya. Telefon ini turut menyertakan kawalan Hasselblad Master Mode, sekaligus membolehkan anda mengawal pelbagai mod rakaman dengan manual menggunakannya.

Image from: Oppo Find X9s Bersama Kamera Hasselblad Dan Bateri 7025mAh Turut Diperkenalkan Pada Harga RM3899

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 6.59-inci dengan kadar kecerahan mencapai 3600-nits, dijana dengan MediaTek Dimensity 9500s, bateri 7025mAh, serta sokongan pengecasan 80W SuperVOOCTM. Oppo Find X9s turut menjalankan sistem operasi ColorOS 16 bersama dengannya, termasuk mod AI Mind Space.

Image from: Oppo Find X9s Bersama Kamera Hasselblad Dan Bateri 7025mAh Turut Diperkenalkan Pada Harga RM3899

Di Malaysia, Oppo Find X9s kini boleh dipra-tempah sehingga 7 Mei 2026, dimana versi 12GB RAM dan 512GB storan dijual pada harga RM3899. Pembeli yang melakukan pra-tempahan akan menerima rebat segera RM300 untuk pembelian, selain hadiah tambahan.