Orang Asli maut dibaham harimau ketika keluar cari rotan

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 11:32 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

IPOH: Seorang lelaki Orang Asli maut dipercayai akibat diserang harimau ketika mencari rotan bersama-sama rakannya di kawasan Hutan Simpan Korbu berhampiran Kampung Takung, Pos Perwor, Sungai Siput, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, Zamberi Angah, 42, ditemukan di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak kira-kira 200 meter dari lokasi dia dipercayai diserang.

Beliau berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerima aduan berhubung kejadian itu pada 4.30 petang dan operasi mencari mangsa dimulakan pada 6.30 petang melibatkan pelbagai agensi dan penduduk kampung.

“Mangsa ditemukan pada jam 6.58 petang dengan kesan tapak kaki harimau serta beberapa petunjuk lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Zolkafly menasihatkan penduduk setempat supaya mengelak daripada memasuki kawasan hutan itu untuk sementara waktu.

Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar mangsa bagi menghormati sensitiviti dan privasi keluarga mangsa. – BERNAMA

The post Orang Asli maut dibaham harimau ketika keluar cari rotan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved