Orang Asli Maut Diserang Harimau Belang Ketika Cari Rotan

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 11:09 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Orang Asli Maut Diserang Harimau Belang Ketika Cari Rotan

Seorang lelaki Orang Asli maut dipercayai diserang harimau belang ketika mencari rotan di kawasan hutan di Kampung Takung, Pos Perwor, Sungai Siput, Perak pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun memaklumkan kejadian berlaku ketika mangsa mencari rotan di kawasan hutan bersama seorang rakannya.

Difahamkan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerima aduan mengenai kejadian tersebut kira-kira 4.30 petang sebelum bergegas ke lokasi dan bertemu dengan anak mangsa.

Orang Asli Maut Diserang Harimau Belang

Image from: Orang Asli Maut Diserang Harimau Belang Ketika Cari Rotan

Operasi pencarian bersama bermula pada 6.30 petang melibatkan PERHILITAN, anggota Balai Polis Lintang, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), kira-kira 30 penduduk kampung serta pekerja balak.

Mangsa ditemui kira-kira pada jam 6.58 petang di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak, kira-kira 200 meter dari lokasi dipercayai serangan berlaku.

"Kesan tapak harimau belang serta beberapa petunjuk lain turut ditemukan di sekitar lokasi," kata Mohd Zolkafly dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa pilu atas kejadian yang sudah pasti meninggalkan kesan kepada keluarga serta masyarakat setempat.

Baca juga:

Beliau juga sempat menziarahi keluarga mangsa untuk menyampaikan ucapan takziah serta menghulurkan sedikit sumbangan.

"Kejadian yang berlaku dalam kawasan Hutan Simpan Korbu ini amat memilukan dan pastinya meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada keluarga serta seluruh masyarakat setempat.

"Saya bersama isteri turut meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah dan berkongsi kesedihan atas kehilangan insan tersayang.

"Dalam kunjungan tersebut, kami turut menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan serta bagi membantu meringkankan beban keluarga," ujarnya.

Image from: Orang Asli Maut Diserang Harimau Belang Ketika Cari Rotan

Beliau turut memaklumkan pihak PERHILITAN akan membantu waris mendapatkan Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar.

"Khidmat nasihat keselamatan turut diberikan kepada penduduk dan perangkap harimau belang akan dipasang dalam masa terdekat.

"Saya berharap tindakan pemantauan serta kawalan dapat dilaksanakan dengan segera demi menjami keselamatan penduduk khususnya masyarakat Orang Asli yang bergantung kepada hasil hutan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan hutan berkenaan buat sementara waktu, sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved