“Orang KL Tak Perlukan Shopping Mall Baru” – Ramai Setuju Malaysia Patut Banyakkan Taman Rekreasi

EnvironmentLifestyle
10 Aug 2026 • 2:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita berkongsi video jalan raya berdekatan Bukit Dinding di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan kereta yang diparkir di tepi jalan.

Menerusi video tersebut, kelihatan banyak kereta yang diletakkan di kawasan sana dipercayai milik geng-geng pendaki (hikers).

Kawasan Parkir Sekitar Bukit Dinding Adalah Terhad

Difahamkan, parkir kenderaan di kawasan tersebut adalah terhad sekaligus menyebabkan pengunjung lokasi rekreasi itu terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi jalan.

View on Threads

Ramai Masyarakat Perlukan Ruang Outdoor Untuk Beriadah, Bukannya Lebih Banyak Pusat Beli-belah

Daripada perkongsian tersebut, dapat disimpulkan sebenarnya ramai rakyat Malaysia sudah lebih terbuka dengan gaya hidup yang sihat terutamanya sepanjang hujung minggu.

Itulah masa mereka untuk lari sebentar dari urusan dunia, dan bersatu dengan alam semula jadi. Sama ada dengan melakukan aktiviti mendaki, beriadah, berjoging, berlari atau bersukan di mana-mana taman.

Menurut pengendali akaun Warga Sentul, ramai masyarakat mahukan lebih banyak ruang luar (outdoor) sekitar ibu kota, Kuala Lumpur dan bukannya pusat membeli-belah yang dilihat semakin pesat di kawasan bandar.

Banyak Taman Sekitar KL Dipenuhi Pengunjung Terutamanya Pada Hujung Minggu

Jelasnya, kebanyakan taman rekreasi dipenuhi pengunjung yang mahu beriadah dan bersenam.

“Hujung minggu dekat KL sekarang nampak satu benda yang sangat jelas. Orang sebenarnya dahagakan ruang outdoor. KL Car-Free Morning penuh orang. Bukit Dinding penuh. Botanical Garden penuh. Tasik Titiwangsa sampai susah nak cari parking.

“Tapi pembangunan baru kita masih banyak fikir, pusat beli-belah. Kondominium. Pusat beli-belah. Kondominium,” katanya.

“Orang KL Bukan Perlukan Mall Baru, Tapi Tempat Untuk Berjalan, Berlari & Bernafas” – Pengendali Akaun Threads

Oleh disebabkan itu, pengguna Threads itu mencadangkan agar pihak berkuasa memperbanyakkan lagi taman di Kuala Lumpur yang mempunyai akses kepada fasiliti yang terbaik termasuklah ruang parkir yang mencukupi.

“Boleh tak lepas ni banyakkan taman? Tak semestinya semua kena percuma pun. Buat parkir yang sesuai, selamat, bersih, ada tandas, trek joging, taman permain. Tempat parkir kena bayar RM2–RM5 pun aku rasa orang sanggup.

“Tengok KLCC Park. Tengah-tengah kawasan paling mahal dalam KL pun, tetap penuh orang setiap hujung minggu. Kadang-kadang orang KL bukan perlukan mall baru.

“Kita cuma perlukan lebih banyak tempat untuk berjalan, berlari, bawa anak dan bernafas,” katanya sambil menyebut (tag) akaun Threads Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Joging Di Trek Baru KLCC Park, Netizen Beri Idea Buka Banyak Lagi Taman Rekreasi

Baca Artikel Berkaitan: Suria KLCC Tawar Pengalaman Unik Dengan ‘Picnic In The Park’ Buat Para Pelanggan

Kerajaan Sasar Bina 1,000 Taman Rekreasi MADANI Menjelang 2030

Sekadar info, kerajaan menyasarkan pembinaan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI di seluruh negara menjelang tahun 2030.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Mansor Mohamad semalam (9 Ogos), sebanyak 216 Taman Rekreasi MADANI telah dibina hingga 2025 manakala 100 lagi sedang dalam proses pembinaan tahun ini.

Memetik Berita Harian, taman Rekreasi MADANI ini dibangunkan dalam kawasan komuniti dan kejiranan supaya kemudahan tersebut mudah diakses penduduk setempat.

Image from: “Orang KL Tak Perlukan Shopping Mall Baru” – Ramai Setuju Malaysia Patut Banyakkan Taman Rekreasi
Foto: Sekadar hiasan

‘Masyarakat Nak Cari Kawasan Hijau, Taman Rekreasi Dah Terhad’ – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan pengendali akaun Warga Sentul itu dan berkata ramai rakyat Malaysia mahu mencari ‘kawasan hijau’ untuk meluangkan masa.

“Mana-mana pun memang begitu. Kawasan hijau (alam semula jadi) untuk rekreasi sangat terhad dah. (Taman rekreasi baharu) akan jadi tumpuan masyarakat nak cari kehijauan walaupun secoet (kecil) je kawasan hijau dan taman tu,” kata seorang lelaki.

“Dulu ada taman dekat jalan Semarak tu siap padang bola sekali. Habis dah kena ambil buat kondominium. Orang dekat Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar tu dah tak boleh nak beriadah,” tambah seorang lagi individu.

‘Dah Bosan Masuk Pusat Beli-belah, Lebih Suka Pergi Taman’ – Netizen

Malah ada yang berkata mereka lebih gemar mengunjungi taman rekreasi berbanding pusat membeli-belah.

“Setuju. Dah jarang masuk pusat beli-belah sekarang. Dah bosan. Suka pergi jalan-jalan dekat tasik. Bagi ikan makan,” ujar seorang wanita.

“Saya dah lama tak masuk mall. Tapi kalau taman setiap minggu pergi,” kata seorang lagi warganet.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Orang KL Tak Perlukan Shopping Mall Baru” – Ramai Setuju Malaysia Patut Banyakkan Taman Rekreasi
Image from: “Orang KL Tak Perlukan Shopping Mall Baru” – Ramai Setuju Malaysia Patut Banyakkan Taman Rekreasi
Image from: “Orang KL Tak Perlukan Shopping Mall Baru” – Ramai Setuju Malaysia Patut Banyakkan Taman Rekreasi
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Nak Nikmati Keajaiban Ekologi Malaysia? Ini 5 Destinasi Alam Semulajadi Yang Korang Wajib Kunjungi

Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Travel Jauh-jauh, Ini 7 Tempat Menarik Yang Ada Di Selangor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved