Serian, Kuching antara 20 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
19 Sep 2026 • 8:51 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Serian, Kuching antara 20 kawasan catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA: Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8.30 pagi ini dengan Serian dan Kuching, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 168.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Seri Manjung, Perak merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 164, diikuti Samarahan, Sarawak (163), Sri Aman, Sarawak (161) dan Sibu, Sarawak (160).

Batu Muda, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 156, manakala Putrajaya dan Cheras merekodkan bacaan 155.

Turut merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat ialah Sarikei, Sarawak (152), Petaling Jaya, Selangor (151), Nilai, Negeri Sembilan (151) dan Bintulu, Sarawak (151).

Kapit, Sarawak pula mencatatkan bacaan IPU 126, diikuti Larkin, Johor (123), Tawau, Sabah (122) dan Tanjung Malim, Perak (118).

Sementara itu, Bukit Rambai, Melaka dan Tangkak, Johor masing-masing merekodkan bacaan 107 dan 105.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Orang ramai khususnya kumpulan berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat. – UTUSAN

The post Serian, Kuching antara 20 kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved