
BATU PAHAT – Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengintai anak tiri perempuannya yang sedang mandi melalui celah lubang paip.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Mustakim Sukarno terhadap tertuduh yang berusia 26 tahun selepas dia mengaku bersalah.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa mengaibkan kehormatan dengan mengintai mangsa yang sedang mandi dalam bilik air di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 6.40 pagi, 9 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shahzleen Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Heng Eng Gee daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Berdasarkan fakta kes, kegiatan tertuduh telah terbongkar selepas ibu mangsa terpandang tertuduh sedang mengintai anaknya mandi melalui celah lubang paip sebelum menyergah suaminya itu.
Polis kemudian menahan tertuduh selepas ibu mangsa membuat laporan.
The post Padah intai anak tiri mandi, kelindan lori dijel 12 bulan appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] Pemandu lori imigresen tiba di mahkamah bagi pendakwaan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/pemandu-jim-1024x832.jpeg)