[VIDEO] Pemandu lori imigresen tiba di mahkamah bagi pendakwaan

20 Aug 2026 • 12:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Pemandu lori imigresen tiba di mahkamah bagi pendakwaan

KUALA LUMPUR – Pemandu lori Jabatan Imigresen (JIM) yang didakwa terlibat dalam kemalangan hingga tiga beranak maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail tiba di Mahkamah Majistret, di sini sebentar tadi.

Tertuduh yang berusia 43 tahun tiba pada pukul 12 tengahari yang mana pendakwaan terhadapnya akan dibuat di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Pada 19 Ogos, Kosmo! melaporkan tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dilanggar sebuah lori JIM dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, lori Isuzu Black Maria milik JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah Proton Saga sebelum terbabas dan merempuh empat pejalan kaki serta sebuah kereta lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun tanpa membawa penumpang ketika kejadian. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

The post [VIDEO] Pemandu lori imigresen tiba di mahkamah bagi pendakwaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved