Pakaian, selipar jadi petanda dua kanak-kanak hilang mandi lombong

10 Aug 2026 • 7:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pakaian, selipar jadi petanda dua kanak-kanak hilang mandi lombong

PASIR GUDANG – Penemuan sebuah basikal dan selipar serta pakaian menjadi petanda membimbangkan selepas dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sebuah bekas lombong di Jalan Murai 2, Taman Scientex di sini, malam tadi.

Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang sejak petang sebelum bapa mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas menyedari mereka tidak pulang ke rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Kanan Bomba I Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.36 malam.

Menurutnya, sepasukan empat anggota bersama sebuah jentera CFRT-1 digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira 13 minit kemudian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati benar terdapat dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.

“Bapa mangsa memaklumkan kedua-duanya dikhuatiri telah lemas di kawasan ampangan berkenaan selepas sebuah basikal dan selipar milik mereka ditemukan di lokasi,” katanya.

Susulan itu, katanya, pasukan bomba terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan bekas lombong berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak itu sudah ditemui pukul 2 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Pakaian, selipar jadi petanda dua kanak-kanak hilang mandi lombong appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved