Pakcik Tampar Pemuda 6 Kali, Dakwa Matanya Silau Sebab Lampu Kereta

Entertainment
20 Oct 2023 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ada segelintir manusia ini susah untuk kawal kemarahan mereka sampai ada yang membuat satu tindakan di luar kawalan.

Misalnya satu kejadian ini, tular satu video memperlihatkan tindakan seorang pakcik yang menampar anak muda sebanyak beberapa kali hanya kerana tidak menutup lampu kereta masa tengah parking.

Kejadian itu dikongsikan oleh teman wanita kepada salah seorang mangsa, Yik Cheng menerusi Facebook. Menurutnya kejadian ini berlaku pada 14 Oktober (Sabtu) lepas di Setapak.

image is not available

“Teman lelaki saya dah janji dengan kawannya untuk makan di Setapak. Disebabkan hujan lebat semasa kami bertolak dari PJ, teman lelaki saya menghidupkan lampunya (low beam) dan pergi ke Setapak.”

“Ketika kami meletak kereta, ada seorang pakcik (dalam gambar) yang terus menyalakan lampunya dan membunyikan hon kepada kami.”

“Salah seorang rakan kami keluar dari kereta dan tanya pakcik itu dengan cara sopan untuk bertanya kepadanya apa yang salah.”

“Pakcik ini tiba-tiba marah kami sebaik sahaja keluar dari keretanya, mengatakan kami sengaja menghidupkan lampu tinggi untuk silaukan matanya dan dia juga katayang lampu kami adalah lampu putih yang diubah suai.”

Yik Cheng menegaskan kepada pakcik itu bawa lampu keretanya tidak pernah diubah suai dan lampunya jenis lampu kuning.

image is not available

“Kami dengan sopan membalas bahawa kami tidak memandu dengan lampu tinggi dan memberitahunya bahawa dia boleh datang untuk melihat sendiri.”

“Tetapi, dia hanya datang dan menampar muka teman lelaki saya dan berkata bahawa dia sombong, dan terus mengulangi bahawa lampu kami telah diubah suai.”

“Kemudian, teman lelaki saya menghubungi polis dan pakcik itu terus berkata ‘panggil polis, panggil lah polis meh sini’”.

“Dia mengambil kesempatan daripada teman lelaki saya menghubungi polis dan menamparnya sekali lagi, dan kemudian berkata dia akan menampar teman lelaki saya setiap kali dia melihatnya.”

“Selepas itu, dia menukar sasarannya dan menampar rakan kami dan memecahkan 2 telefon.” tambah Yik Cheng.

Menyedari bahawa pemuda itu telah diperlakukan dengan teruk, pakcik itu seperti nak berdalih dengan mempertahankan diri, dia mengatakan bahawa bahawa dia akan membawa backup dan berlalu pergi dengan Proton Wira putih miliknya.

image is not available

Tidak lama kemudian, mereka membuat laporan polis mengenai kejadian itu kerana serangan tersebut menyebabkan pemuda ini mengalami kecederaan.

image is not available

“Dia menampar teman lelaki saya dan rakan kami sebanyak 6 kali secara keseluruhan. Rakan kami mulut dan mukanya bengkak,” katanya sambil menggesa orang ramai membela diri sekiranya menghadapi kejadian serupa dengan teman lelakinya itu.

Boleh tengok video penuh di sini

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.