Panduan Permohonan PTPTN – Cara Mohon & Syarat

LocalPersonal Finance
20 Aug 2026 • 6:37 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan pinjaman PTPTN bagi sesi pengajian tahun 2026 boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal atau aplikasi mudah alih myPTPTN.

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.

Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

Rujuk maklumat lanjut permohonan PTPTN di bawah.

Apa Itu PTPTN?

PTPTN adalah singkatan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia yang ditubuhkan untuk menyediakan pinjaman pendidikan dan skim simpanan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat menara gading.

Salah satu kelebihan utama PTPTN ialah insentif kecemerlangan akademik. Pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama (First Class Honours) layak memohon untuk menukarkan pinjaman PTPTN mereka menjadi biasiswa penuh (dikecualikan daripada bayaran balik), tertakluk kepada syarat tempoh pengajian dan status akreditasi penuh MQA bagi kursus tersebut.

Selain itu, untuk penerima eKasih, pinjaman PTPTN kini boleh ditukarkan sepenuhnya menjadi biasiswa penuh melalui inisiatif Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN).

Pelajar juga boleh memohon Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 untuk membantu persediaan awal pendaftaran sekiranya memenuhi syarat.

Syarat Permohonan PTPTN

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Tiada akaun pinjaman PTPTN yang sedang diuruskan oleh Agensi Perunding Hutang (APH);
  4. Pendapatan (kasar) bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (setelah ditolak RM250 seorang tanggungan);
  5. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);*
  6. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN*;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester; dan
  8. Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**

* Hanya kursus yang diluluskan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan kemudahan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit

Berapa Jumlah Pinjaman PTPTN?

Secara umumnya, peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

PERINGKAT PINJAMANKELAYAKAN
MaksimumSekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
75% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data STR)
50% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data STR)

Bila Permohonan PTPTN Dibuka?

Permohonan pinjaman PTPTN dibuka sepanjang tahun, namun tarikh mula dan tarikh tutup prosesan adalah berbeza mengikut kelompok (fasa) yang ditetapkan khas bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Anda perlu membuat semakan jadual kelompok mengikut universiti. Rujuk cara-caranya berikut:

  1. Layari halaman utiliti Portal Semakan Maklumat IPT & Program PTPTN.
  2. Cari dan taip Nama IPT serta Nama Program/Kursus anda.
  3. Sistem akan terus memaparkan Tarikh Mula Permohonan dan Tarikh Tutup Permohonan yang tepat untuk kod kursus anda bagi mengelakkan anda terlepas fasa pengkreditan.
cara mohon ptptn

Cara Mohon PTPTN 2026

Permohonan pinjaman PTPTN boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal atau aplikasi mudah alih myPTPTN.

Anda perlu menyelesaikan beberapa langkah persediaan sebelum mengisi borang permohonan digital bagi memastikan proses berjalan lancar.

Langkah 1: Buka Akaun Simpan SSPN

Anda wajib mempunyai akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas nama sendiri dengan baki minimum yang mencukupi. Pembukaan akaun boleh dilakukan terus melalui aplikasi myPTPTN.

  1. Log masuk akaun anda melalui portal/aplikasi myPTPTN.
  2. Pada bahagian dashboard, anda boleh boleh pilih untuk membukan akaun simpanan SSPN Prime atau Plus.
Permohonan PTPTN: Panduan, Syarat & Semakan Jadual Kelompok

Langkah 2: Buka Akaun Bank Panel IPT

Sediakan akaun simpanan peribadi yang aktif mengikut bank panel khusus yang ditetapkan oleh universiti atau kolej (IPT) anda. Anda boleh semak bank panel universiti anda melalui Portal Semakan Maklumat IPT & Program PTPTN.

Masukkan nama program atau universiti dan klik simbol kanta untuk buat carian. Kemudian, klik nama program dan semak panel universiti anda.

Image from: Panduan Permohonan PTPTN – Cara Mohon & Syarat
Permohonan PTPTN: Panduan, Syarat & Semakan Jadual Kelompok

Langkah 3: Beli Nombor PIN PTPTN

Beli nombor PIN berharga RM5.00 secara terus dalam aplikasi myPTPTN menggunakan gerbang pembayaran FPX, atau secara fizikal di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor PIN ini sah untuk tempoh 6 bulan dari tarikh beli.

Cara Pembelian Nombor PIN PTPTN

Pembelian nombor pin PTPTN boleh dilakukan melalui secara dalam talian (online) menerusi portal/aplikasi myPTPTN atau secara manual melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM5.00 seunit.

  1. Layari portal/aplikasi myPTPTN dan log masuk akaun anda menggunakan nombor kad pengenalan dan kata kunci yang ditetapkan.
  2. Klik menu ‘Perkhidmatan’ dan klik ‘Pendaftaran Permohonan Pinjaman’
  3. Klik Pendaftaran No PIN BSN (kalau dah beli pin dekat BSN), atau ‘Pendaftaran Permohonan Pinjaman’ jika belum.
  4. Klik butang “Bayar” untuk melunaskan caj RM5.00. Anda boleh memilih kaedah perbankan internet (FPX) daripada bank pilihan anda untuk memuktamadkan transaksi.
Permohonan PTPTN: Panduan, Syarat & Semakan Jadual Kelompok
Image from: Panduan Permohonan PTPTN – Cara Mohon & Syarat

Langkah 4: Isi Borang Permohonan Online

  1. Log masuk ke portal myPTPTN
  2. Klik pada menu ‘Perkhidmatan’ kemudian, ‘Permohonan pinjaman’.
  3. Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat penjaga/pendapatan, serta butiran akademik kursus pengajian anda dengan tepat.
  4. Pastikan semua maklumat tepat dan lengkap.
Permohonan PTPTN: Panduan, Syarat & Semakan Jadual Kelompok

Langkah 5: Semak Jadual Kelompok & Hantar

Pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup kelompok (fasa) universiti anda. Anda boleh menyemak tarikh tutup mengikut universiti anda melalui Portal Semakan Maklumat IPT & Program PTPTN.

Sekiranya anda terlepas untuk menghantar permohonan untuk sesi semester 1 Kelompok 1, anda boleh buat permohonan seterusnya mengikut tarikh Kelompok 2.

Tarikh ini berbeza ikut universiti, jadi pastikan semak mengikut universiti anda.

Sebab-sebab Permohonan PTPTN Tidak Berjaya

1 | Tidak Memenuhi Syarat Kelayakan

Sebelum memohon, semak dahulu sama ada kelayakan akademik dan status pengajian kalian menepati kriteria yang telah ditetapkan. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN.

2 | Surat Tawaran Tidak Tepat

Surat tawaran yang dimuat naik mestilah terkini daripada institusi pengajian. Pastikan dokumen tersebut jelas, lengkap dan tidak terpotong.

3 | Maklumat Tidak Sepadan

Nama pemohon, nombor kad pengenalan, nama institusi, nama program, tempoh, mod dan tarikh mula pengajian yang diisi dalam borang permohonan mestilah sama dengan maklumat dalam surat tawaran.

SEMAK SEBELUM HANTAR PERMOHONAN

  • Nama Pemohon (✔️)
  • Nombor Kad Pengenalan (✔️)
  • Nama Institusi (✔️)
  • Nama Program (✔️)
  • Tempoh Pengajian (✔️)
  • Mod Pengajian (✔️)
  • Tarikh Mula Pengajian (✔️)

PASTIKAN MAKLUMAT SEPADAN. Maklumat Dalam Borang Permohonan = Maklumat Dalam Surat Tawaran.

cara mohon ptptn

cara mohon ptptn 1
cara mohon ptptn
cara mohon ptptn

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan info terkini mengenai permohonan PTPTN, sila rujuk:

Soalan Lazim Permohonan PTPTN

Siapa yang layak memohon PTPTN?

Warganegara Malaysia berumur bawah 45 tahun yang telah mendapat tawaran belajar (Diploma/Ijazah) di institusi yang diiktiraf MQA, serta mempunyai baki pengajian tidak kurang dari satu tahun.

Di mana permohonan PTPTN perlu dibuat?

Permohonan dibuat secara 100% dalam talian (online) melalui portal rasmi atau aplikasi mudah alih myPTPTN.

Bilakah wang pinjaman akan masuk ke akaun bank?

Wang akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas tarikh tutup kelompok (fasa) universiti anda, dengan syarat dokumen perjanjian digital telah lengkap ditandatangani.

Bolehkah pinjaman PTPTN dimansuhkan (tidak perlu bayar balik)?

Boleh. Pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat Kepujian Kelas Pertama boleh memohon pengecualian bayaran balik. Selain itu, penerima eKasih di Universiti Awam (IPTA) juga layak mendapat inisiatif Biasiswa Anak eKasih (BAeK).

Bolehkah saya memohon PTPTN jika keputusan SPM saya ada subjek yang gagal?

Boleh, asalkan anda telah melepasi syarat minimum kemasukan yang ditetapkan oleh pihak universiti (IPT) dan telah mendapat Surat Tawaran Belajar yang sah untuk peringkat Diploma atau Ijazah.

Saya sudah berada di Semester 2, adakah saya masih sempat untuk memohon PTPTN?

Sempat. Anda boleh memohon pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian, dengan syarat baki tempoh pengajian semasa anda menghantar borang online adalah tidak kurang daripada satu tahun (12 bulan).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved