Panggil Bella Astillah Dengan Gelaran ‘Janda’, Individu Teruk ‘Disekolahkan’ – “Ayat Kau Tak Ada Adab! Ibu Tunggal Kan Lagi Elok”

LocalEntertainment
5 Sep 2025 • 10:23 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini melalui platform Threads, tular satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu lelaki yang mempersoalkan tindakan peminat Bella Astillah dan YB Syed Saddiq.

Persoal kenapa peminat BASS marah gelar Bella ‘janda’

Dalam hantaran tersebut, individu itu mengatakan dirinya teruk dimarahi oleh peminat BASS susulan mengelar aktres terbabit dengan gelaran ‘janda’.

image is not available

 

Dia merasakan tidak salah untuk dirinya menggelar Bella sedemikian kerana pelakon itu bercerai hidup.

Netizen tampil tegur, seolah-olah tidak beradab

Bagaimanapun, apabila meninjau diruangan komen, rata-rata netizen merasakan gelaran ‘ibu tunggal’ lebih sesuai untuk digunakan serta lebih beradab jika hendak dibandingkan dengan gelaran ‘janda’ yang dilihat kasar.

image is not available

image is not available

image is not available

Bahkan, ada juga yang menegur barangkali ayat yang digunakan oleh individu terbabit tidak beradab dan disebabkan itu dirinya dikecam ramai.

Sekadar info, Bella Astillah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Aliff Aziz, namun mereka disahkan bercerai talak satu pada tahun 2024 selepas Aliff berlaku curang sebanyak 11 kali.

image is not available 2025-09-03 12:08:53

"Dia Dah Tiada Dalam Hidup Saya" - Bella Astillah Enggan Komen Apa Sahaja Berkaitan Aliff Aziz

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved