Panjat Dinding Tanpa Tangga, Tindakan Berani Lelaki Selamatkan Dua Kanak-Kanak Dalam Kebakaran Raih Pujian [Video]

14 Aug 2026 • 12:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai manusia, setiap orang disarankan untuk sentiasa membantu mereka yang sedang berada dalam kesusahan.

Namun, tidak semua yang berani tampil ke hadapan lebih-lebih jika situasi itu boleh membahayakan diri sendiri.

Lelaki Sanggup Panjat Dinding Bangunan, Bantu Selamatkan Mangsa Kebakaran

Walau bagaimanapun, berbeza dengan seorang lelaki ini yang sanggup membahayakan dirinya demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Menerusi video tular dikongsikan di Threads @notatanparupa, lelaki yang dikenali sebagai Rahmat Burhan yang berpakaian belang warna putih dan hitam itu dilihat nekad memanjat dinding rumah kedai untuk naik ke tingkat satu tanpa menggunakan tangga.

Malah, dia juga dilihat berusaha memecahkan grill tingkap menggunakan tukul demi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam bangunan itu.

Menerusi video yang dikongsikan, turut kelihatan dua individu turut bersama Rahmat membantu mengeluarkan mangsa.

Lelaki Berjaya Selamatkan Dua Orang Kanak-Kanak

Setelah beberapa ketika, Rahmat berjaya membuka grill berkenaan dan dilihat terus mengangkat seorang kanak-kanak perempuan dari premis terbabit.

Kanak-kanak itu dilihat terus memeluknya erat sementara Rahmat menyelamatkan seorang lagi yang dipercayai adik -beradik kepada mangsa pertama.

Isteri Lelaki Kongsi Kisah Suami Bantu Selamatkan Dua Beradik

Kongsi isteri Rahmat yang dikenali sebagai Pieda Ibrahim kepada BuzzKini, mereka baru sahaja berpindah di kawasan berkenaan.

Ketika kejadian, mereka sedang berada di rumah dan terhidup bau asap yang pada mulanya disangkakan jiran sedang memasak.

Namun setelah beberapa ketika, Rahmat terdengar suara orang meminta tolong dan lantas keluar dari kediamannya demi menyelamatkan dua-beradik yang menjadi mangsa kebakaran itu.

Kongsi Pieda lagi, dia pada ketika itu berada dalam ketakutan namun segera menelefon talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Pada masa sama, Pieda turut berasa terharu dengan kebaikan suami yang disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan ringan tulang.

Difahamkan, kejadian berlaku di Bayu Klang, Selangor berhampiran Bayu Vista Apartment pada 12 Ogos lalu.

View on Threads

Warganet Puji Tindakan Berani Suami Selamatkan Kanak-Kanak

Perkongsian yang telah mendapat lebih 180,000 tontonan dan turut dikongsikan di TikTok itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai kagum dan memuji tindakan berani lelaki berkenaan yang sanggup membahayakan diri demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Malah, ada juga yang menyamakan Rahmat dengan watak superhero, Spiderman dek kerana tindakannya yang memanjat dinding tanpa memerlukan bantuan seperti tangga.

Ada juga sesetengah warganet turut tersentuh dengan tindakan Rahmat yang menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.

Ini antara komen pengguna media sosial:

“Abang Baju Belang Earn My Respect, Gila, Terus Jadi Spiderman Tau! Lepas Tu Terus Jadi Thor, Dia Kapak Benda Tu Sorang-Sorang Sampai Pecah, Kuat Betul Abang”

Image from: Panjat Dinding Tanpa Tangga, Tindakan Berani Lelaki Selamatkan Dua Kanak-Kanak Dalam Kebakaran Raih Pujian [Video]

“Budak Yang Mula-Mula Peluk Abang Tu Tak Lepas, Terima Kasih Ya Allah Hadirkan Orang Selamatkan Mereka”

Image from: Panjat Dinding Tanpa Tangga, Tindakan Berani Lelaki Selamatkan Dua Kanak-Kanak Dalam Kebakaran Raih Pujian [Video]

“Bila Dalam Keadaan Kecemasan Macam Ini, Tak Kira Kaum, Agama Datang Tolong Tanpa Fikir Keselamatan Diri Sendiri, Terbaik Malaysia”

Image from: Panjat Dinding Tanpa Tangga, Tindakan Berani Lelaki Selamatkan Dua Kanak-Kanak Dalam Kebakaran Raih Pujian [Video]

“Abang La Spiderman Kami Yang Sebenar”

Image from: Panjat Dinding Tanpa Tangga, Tindakan Berani Lelaki Selamatkan Dua Kanak-Kanak Dalam Kebakaran Raih Pujian [Video]

“Sangat Salute Dengan Abang Ini, Semoga Awak Sekeluarga Sentiasa Dipermudahkan Urusan & Sentiasa Dilindungi Allah SWT”

Image from: Panjat Dinding Tanpa Tangga, Tindakan Berani Lelaki Selamatkan Dua Kanak-Kanak Dalam Kebakaran Raih Pujian [Video]

“Sedihnya Tengok Budak Tu Peluk Dia, Erat Sangat, Terima Kasih Orang Baik”

Image from: Panjat Dinding Tanpa Tangga, Tindakan Berani Lelaki Selamatkan Dua Kanak-Kanak Dalam Kebakaran Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hero Tak Beruniform, Sanggup Panjat Bumbung Selamatkan Mangsa Kebakaran [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Anjing Jadi ‘Hero’, Selamatkan Seluruh Ahli Keluarga Daripada Maut Dalam Kebakaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved