“Parkir Pun Boleh Jadi Drama” – Tular Wanita Cuba Cop Parkir, Didakwa Membebel Sampai Kedai Runcit Selepas Cubaannya Gagal [Video]

27 Oct 2026 • 4:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mencari tempat letak kenderaan atau parkir menjadi antara isu yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu lebih-lebih lagi di kawasan yang padat.

Apa yang menjadi perhatian adalah ada segelintir individu berani dan sanggup cop parkir meskipun kenderaan mereka tidak sampai lagi di petak parkir berkenaan.

Wanita Selamba Cop & Duduk Dalam Petak Parkir Ketika Orang Lain Sedang Menunggu

Itulah yang dihadapi oleh seorang individu apabila seorang wanita selamba ‘memotong barisan’ serta mengecop parkir ketika dia sedang menunggu sebuah kenderaan keluar dari parkir tersebut.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di Threads @wohengaoxiao666, kelihatan pemilik dashcam berkenaan sedang menunggu sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV), Cherry Tiggo keluar daripada petak parkir di Sea Park, Petaling Jaya.

Apa yang menjadi perhatian adalah seorang wanita berbaju kurung warna biru dilihat melintas di hadapan kereta individu terbabit sebelum dia bertindak berdiri di dalam kotak parkir berkenaan.

Malah, wanita itu dilihat memberi isyarat kepada pemilik dashcam itu dipercayai sebagai tanda dia telah mendapat tempat parkir tersebut.

Bukan itu sahaja, dia siap menunjukkan sesuatu di arah belakang dipercayai kenderaan miliknya yang akan parkir di situ.

Individu Tetap Berkeras, Terus Masuk Ke Dalam Petak Parkir Meskipun Telah Di Cop

Walau bagaimanapun, pemilik dashcam tetap berkeras malah terus meletakkan kenderaannya di petak parkir tersebut meskipun cuba dihalang oleh wanita itu.

Bukan itu sahaja, kedengaran wanita itu mempertahankan petak parkir tersebut sebelum dibalas oleh pengguna berkenaan.

“Ini tempat letak kereta bukan tempat letak orang,” kata pengguna itu sebelum wanita terbabit berlaku pergi.

Dakwa pengguna berkenaan, wanita itu berlalu pergi selepas dia menunjukkan dashcam yang terdapat dalam keretanya.

“Parking dekat PJ Sea Park memang ada macam-macam perangai. Siapa punya kawan ni.

“Hari tu aku dah bagi signal, tengah tunggu kereta depan keluar dari parking. Tiba-tiba ada seorang aunty terus keluar, berdiri depan parking tu sambil buat isyarat macam parking tu dia punya.

“Hello, Aku dah tunggu dulu kot? Lepas tu dia datang ketuk tingkap kereta aku nak argue. Aku tunjuk je dashcam, terus dia tak berapa berani dah,” tulis pengguna itu di ruangan kapsyen.

Individu Dakwa Wanita Masih Bebel Isu Parkir Sampai Ke Kedai Runcit

Apa yang lebih melucukan, pengguna itu mendakwa wanita yang dipercayai sedikit berusia itu masih tidak berpuas hati dengan tindakannya meskipun dia telah masuk ke kedai runcit sebelah.

“Paling lawak, lepas aku turun kereta, dia masih membebel dekat kedai runcit sebelah hahaha.

“Parking pun boleh jadi drama macam ni ke?” tulisnya.

Berdasarkan butiran pada dashcam, kejadian dipercayai berlaku pada 23 Oktober lalu kira-kira jam 12.59 tengah hari.

View on Threads

Warganet Setuju Dengan Tindakan Individu Lawan Wanita Yang Cop Parkir

Perkongsian yang telah mendapat lebih 668,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju malah berpuas hati dengan tindakan individu berkenaan yang ‘melawan’ wanita cop parkir itu.

Malah, ada yang mengganggap tindakan wanita berkenaan sebagai satu tindakan yang memalukan.

Cop Parkir Satu Kesalahan, Boleh Kena Denda Sehingga RM2,000

Untuk info, tindakan cop parkir sama ada meletakkan kerusi, kon, pasu bunga mahupun berdiri di dalam petak adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Sekiranya kesalahan itu berulang, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga RM4,000 atau penjara sehingga setahun.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Terbaik Bro!”

Image from: “Parkir Pun Boleh Jadi Drama” – Tular Wanita Cuba Cop Parkir, Didakwa Membebel Sampai Kedai Runcit Selepas Cubaannya Gagal [Video]

“Dah Zaman 2026 Mak Cik. Bukan Tahun 2006, Dulu-Dulu Ya, Ramai Buat Macam Ini, Sekarang Tak Boleh Dah”

Image from: “Parkir Pun Boleh Jadi Drama” – Tular Wanita Cuba Cop Parkir, Didakwa Membebel Sampai Kedai Runcit Selepas Cubaannya Gagal [Video]

“Tak Malunya Cop Parking Macam Tu, Aku Yang Tengok, Aku Yang Malu”

Image from: “Parkir Pun Boleh Jadi Drama” – Tular Wanita Cuba Cop Parkir, Didakwa Membebel Sampai Kedai Runcit Selepas Cubaannya Gagal [Video]

“Entitled Betul Ye Cop Parking, Kereta Ni Dah Lama Dah Tunggu”

Image from: “Parkir Pun Boleh Jadi Drama” – Tular Wanita Cuba Cop Parkir, Didakwa Membebel Sampai Kedai Runcit Selepas Cubaannya Gagal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Boleh Relate Luahan Wanita Tentang Budaya Cop Parkir Di Rumah Flat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Calarkan Kereta Gara-gara Tak Puas Hati Parkir Dicopnya Tetap Diambil [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved