'Parlimen bubar, BN tidak lagi bersama Kerajaan Perpaduan' - Ahmad Zahid

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Parlimen bubar, BN tidak lagi bersama Kerajaan Perpaduan' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - “The moment (Di saat) Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka (Kerajaan Perpaduan).”

Demikian penegasan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai tempoh komitmen parti itu bersama Kerajaan Perpaduan yang akan berakhir apabila Parlimen ke-15 dibubarkan.

Menurut Ahmad Zahid, BN telah membuat keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan kekal dengan komitmen itu sehingga tamat penggal.

“Dalam keadaan kompleks, kita mahu satu kompas tetap. BN buat keputusan bersama kerajaan selepas PRU15, komitmen kita tetap berada di dalam kerajaan sehingga tamat penggal ke-15.

“Ketika Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka. Ini janji kita,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Jelasnya, komitmen itu merupakan janji BN kepada Yang di-Pertuan Agong dan telah termeterai menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan kerjasama dalam kerajaan tidak bermakna BN menyerahkan identitinya atau berhenti mempunyai pendirian sendiri. - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved