PAS Luah Hasrat Rampas Kerusi Parlimen Muar , Dakwa Syed Saddiq Sibuk ‘Berendut’ Dengan Bella Astillah

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 12:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

PAS dilaporkan meletakkan sasaran untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada penyandangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed berkata, selain itu pihaknya turut memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Advertisement

image is not available

Beliau menjelaskan bahawa kesiapsiagaan jentera parti kini sedang diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri berkenaan.

“Kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.”

Dalam masa sama, beliau turut mengeluarkan kenyataan yang mencuri perhatian apabila menyentuh mengenai kerusi Parlimen Muar.

“Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan berendut dengan Bella Astillah,” katanya ketika berucap pada Program Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Pusat Komuniti PAS Muar, Parit Tarom, Muar pada Ahad.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, selain turut melancarkan jentera pilihan raya PAS Johor.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Sahruddin Jamal serta Ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Johor, Nornekman Osman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-25 14:23:55

Pemuda Dari Terengganu Dijatuhkan Hukuman 4 Tahun Di Penjara Jepun - "Kami Harapkan Keajaiban"

The post PAS Luah Hasrat Rampas Kerusi Parlimen Muar , Dakwa Syed Saddiq Sibuk ‘Berendut’ Dengan Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved