PAS mahu rampas kerusi Muar, dakwa Syed Saddiq sibuk ‘berendut’ dengan Bella Astillah

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 11:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PAS menyasarkan untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada penyandangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Image from: PAS mahu rampas kerusi Muar, dakwa Syed Saddiq sibuk ‘berendut’ dengan Bella Astillah

Foto: IG Syed Saddiq

Menurut laporan Malaysia Gazette, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, PAS Johor turut memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

“Kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.
“Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan berendut dengan Bella Astillah,” katanya ketika berucap pada Program Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Pusat Komuniti PAS Muar, Parit Tarom, Muar pada Ahad.
Image from: PAS mahu rampas kerusi Muar, dakwa Syed Saddiq sibuk ‘berendut’ dengan Bella Astillah

Foto: FB Dato’ Dr. Mahfodz bin Mohamed

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor yang turut melancarkan jentera pilihan raya PAS Johor.

Image from: PAS mahu rampas kerusi Muar, dakwa Syed Saddiq sibuk ‘berendut’ dengan Bella Astillah

Foto arkib: FB Dato’ Dr. Mahfodz bin Mohamed

Turut hadir, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Sahruddin Jamal serta Ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Johor, Nornekman Osman.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)