PAS persoal kenapa PH ‘melatah’ susulan dakwaan AS campur tangan kepimpinan Malaysia

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 11:12 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa ‘melatah’ susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai dakwaan wujud usaha Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Image from: PAS persoal kenapa PH ‘melatah’ susulan dakwaan AS campur tangan kepimpinan Malaysia

Foto: MalaysiaGazette

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dakwaan Abdul Hadi itu tidak pernah mengaitkan mana-mana pihak daripada PH dengan usaha berkenaan.

Beliau berkata, Kedutaan AS di Malaysia sudah menafikan dakwaan tersebut, namun sekiranya berlaku pertikaian antara pihak yang terlibat, terdapat saluran undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikannya.

“Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menafikan perkara ini. Ada kaedah undang-undang untuk selesaikan pertikaian antara dua pihak terlibat ini iaitu saman sivil,” katanya di Facebook, hari ini.

Ahmad Fadhli turut mempersoalkan tindakan PH yang membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut, sedangkan menurutnya Abdul Hadi tidak pernah menamakan atau mengaitkan mana-mana pemimpin atau parti dalam PH.

“Apa yang menghairankan kenapa tiba-tiba Pakatan Harapan melatah? Apa kepentingan mereka dalam isu ini? Kenapa tiba-tiba melatah dan buat laporan polis? Adakah Presiden PAS mengaitkan mana-mana pihak dari Pakatan Harapan dalam isu ini? Tidak sekali-kali,” jelasnya.
Image from: PAS persoal kenapa PH ‘melatah’ susulan dakwaan AS campur tangan kepimpinan Malaysia

Foto: Utusan Malaysia

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sebab PH mengambil tindakan sedemikian dan sama ada terdapat kaitan pihak berkenaan dengan dakwaan yang dibuat Abdul Hadi.

“Jadi, kenapa mereka melatah? Atau mereka sebenarnya yang ada kaitan?” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan mendakwa wakil AS pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum PRU14.

Artikel lain: AS campur tangan kepemimpinan politik Malaysia? Abdul Hadi wajib disiasat segera! – Aiman Athirah

Beliau turut mendakwa berlaku pertemuan antara pemimpin PAS dengan wakil Kedutaan AS, selain mendakwa seorang duta AS bertanyakan mengenai calon Perdana Menteri yang akan dicadangkan PAS sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

Bagaimanapun, Kedutaan AS di Malaysia menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan Washington tidak pernah cuba menentukan kepimpinan politik Malaysia.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved