Pasangan kekasih laku persediaan persetubuhan haram dalam kereta disebat empat kali

LocalPolitics
17 May 2026 • 3:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pasangan kekasih laku persediaan persetubuhan haram dalam kereta disebat empat kali
Sepasang kekasih dijatuhi hukuman empat sebatan atas pertuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah pada Disember tahun lalu.
Image from: Pasangan kekasih laku persediaan persetubuhan haram dalam kereta disebat empat kali
​Tertuduh membuat pilihan itu atas alasan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menjelaskan denda, selain mahu mengelakkan diri daripada dihukum penjara.
Image from: Pasangan kekasih laku persediaan persetubuhan haram dalam kereta disebat empat kali
Hukuman sebatan terhadap kedua-dua tertuduh dilaksanakan pada 7 Jun ini di Penjara Marang.

​KUALA TERENGGANU - Sepasang kekasih memilih untuk dikenakan hukuman sebatan syariah berbanding meringkuk di dalam penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah pada Disember tahun lalu.

​Tertuduh, Muhammad Syahmi Faris Latif, 25, dan pasangannya, Hafiqah Qurratu Aini Azlan, 23, membuat pilihan itu atas alasan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menjelaskan denda, selain mahu mengelakkan diri daripada dihukum penjara.

**media[3523644]**

​Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof kemudiannya menjatuhi hukuman empat sebatan terhadap kedua-dua tertuduh selepas pengakuan bersalah direkodkan.

​Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan yang merupakan pemandu lori dan pembantu kedai makan ditangkap dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah kereta di belakang sebuah bangunan di daerah Marang, jam 10.45 malam pada 4 Disember 2025.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

**media[3523647]**

​Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

​Nik Mohd Shahril kemudiannya memerintahkan hukuman sebatan terhadap kedua-dua tertuduh dilaksanakan pada 7 Jun ini di Penjara Marang, sebaik sahaja tamat tempoh rayuan.

​Pendakwaan bagi kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.