Pasangan suami isteri dilapor hilang ditahan selepas serah diri

6 Aug 2026 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pasangan suami isteri dilapor hilang ditahan selepas serah diri
Laporan Sinar harian pada Selasa berhubung kehilangan tiga beranak sejak 20 Julai lalu.

JITRA - Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu akhirnya tampil menyerah diri sebelum ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu hadir menyerah diri jam 1.50 pagi sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kedua-dua mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Jitra pada pagi Khamis bagi permohonan reman.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan berkenaan bersama anak mereka dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam dan gagal dihubungi ahli keluarga.

Kehilangan mereka mendorong bapa kepada wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas gagal mengesan anak, menantu serta cucunya.

Dalam perkembangan berkaitan pada Rabu, polis memaklumkan menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian RM25,000 akibat urusan hutang kutu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan wanita terbabit.

Mohd Radzi berkata, laporan itu dibuat oleh lelaki berkenaan yang mendakwa menjadi mangsa dalam urusan hutang tersebut.

Kes berkenaan kini disiasat polis bagi mengenal pasti kaitan antara kehilangan pasangan itu dengan dakwaan melibatkan hutang kutu, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved