Pasangan suami isteri direman empat hari bantu siasatan kes tipu wang kutu

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 5:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pasangan suami isteri direman empat hari bantu siasatan kes tipu wang kutu

SHAH ALAM, 6 OGOS: Sepasang suami isteri yang sebelum ini dilaporkan hilang bersama anak mereka sejak 20 Julai lalu direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan wang permainan kutu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 39 tahun dan isterinya, 36, dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri di Mahkamah Majistret Jitra, Kedah hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan.

Terdahulu, pasangan itu tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki trak polis kira-kira jam 9 pagi.

Mereka sebelum itu menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 1.50 pagi tadi.

Kelmarin, polis dilaporkan sedang mengesan pasangan terbabit bersama anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun selepas dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam sejak 20 Julai lalu.

Laporan kehilangan mereka dibuat oleh bapa kepada wanita berkenaan yang berusia 62 tahun.

Ahli keluarga memaklumkan kali terakhir mereka dapat menghubungi ketiga-tiga individu berkenaan adalah pada 20 Julai sebelum mereka gagal dihubungi.

Siasatan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan tersebut mendapati tiga beranak itu pulang ke rumah dengan sebuah kenderaan pada pukul 1.12 pagi Isnin lalu sebelum keluar semula kira-kira sejam lapan minit kemudian.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim memaklumkan sedang menyiasat kemungkinan hutang permainan kutu menjadi punca kehilangan tiga beranak itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan polis terhadap wanita berkenaan daripada individu yang mendakwa terbabit dalam permainan kutu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved