Pasangan Suami Isteri Hilang Sebab Hutang ‘Kutu’ Serah Diri, Mula Ditahan Reman Pagi Ini

6 Aug 2026 • 10:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pasangan suami isteri yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu dan dipercayai mempunyai kaitan dengan hutang permainan kutu akhirnya ditahan polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 1.50 pagi.

Advertisement

Tiga beranak hilang

Menurut beliau, kedua-dua mereka dijangka akan dibawa ke Mahkamah Jitra pagi ini bagi permohonan reman.

Terdahulu, kehilangan pasangan tersebut bersama anak mereka menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan gagal dihubungi sejak keluar dari kediaman mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam pada 20 Julai lalu.

Sebelum ini, polis memaklumkan tidak menolak kemungkinan kehilangan tiga beranak itu mempunyai kaitan dengan hutang permainan kutu selepas menerima satu laporan daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa wanita terbabit.

Hutang ‘Kutu’ Antara Sebab Tiga Beranak Hilang Di Kedah – Polis

Berikutan kehilangan tersebut, bapa kepada wanita berusia 62 tahun itu membuat laporan polis selepas gagal menghubungi anak perempuannya, menantu serta cucunya.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kehilangan pasangan tersebut serta tindakan susulan yang akan diambil. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kutu2026-08-05 14:06:19

Hutang 'Kutu' Antara Sebab Tiga Beranak Hilang Di Kedah - Polis

The post Pasangan Suami Isteri Hilang Sebab Hutang ‘Kutu’ Serah Diri, Mula Ditahan Reman Pagi Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved